Hari Lamborghini Jepun tarik penyertaan lebih 200 unit supercar kelahiran Itali

oleh Mohamad Hanif|
Atmosfera automotif di Jepun sememangnya unik, menarik, meluas dan tidak tertumpu kepada jenama nasional semata-mata walaupun ia merupakan tanah tumpahnya minyak hitam beberapa jenama besar seperti Toyota, Mitsubishi, Subaru dan Nissan (sekadar menyebut beberapa jenama).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai contoh, Hari Lamborghini yang diadakan di Jepun baru-baru ini telah menarik penyertaan lebih daripada 200 buah supercar dan SUV jenama Itali tersebut berkumpul dan berkonvoi ke Yokohama bagi meraikan pelancaran Aventador SVJ di sana. 

Acara tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi dan CEO Lamborghini, Stefano Domenicali serta Kedutaan Itali di Jepun, Giorgio Starace. 
 


Perhimpunan Hari Lamborghini itu turut menandakan pembukaan rasmi pengedar yang ke-sembilan supercar kelahiran Sant'Agata di negara matahari terbit. 

Berdasarkan gambar yang disertakan, terdapat penyertaan beberapa nama baharu seperti Aventador, Huracan, Gallardo dan Murcielago termasuklah supercar klasik Countach dan Miura (tiada dalam gambar) yang turut sama hadir memeriahkan suasana. 
 


Dalam acara yang sama, kutipan derma juga turut diadakan dan hasil kutipan tersebut diserahkan sepenuhnya kepada pertubuhan Palang Merah Jepun. 

Saksikan kemeriahan Hari Lamborghini di Jepun pada galeri gambar di bawah. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar, berkata semakan mendapati…
Uncategorized
  Berapa kuasa? 620 ps dam 800Nm. Rendah daripada Urus S dan urus Performante namun tinggi jika…
Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …