Harley-Davidson kenalkan Low Rider® ST edisi Enthusiast Motorcycle Collection - dari RM164,900

oleh Firdaus Razani|
Harley-Davidson Malaysia bawakan model Low Rider® ST edisi terhad Koleksi Tobacco Fade Enthusiast Motorcycle 2024 ke pasaran Malaysia yang mula diperkenalkan secara rasmi di acara Malaysia Autoshow 2024 di MAEPS Serdang.

Koleksi Tobacco Fade Enthusiast Motorcycle 2024 diinspirasi dari ledakan tenaga kolektif yang dikeluarkan oleh muzik secara langsung di kedai kedai, di perhimpunan motosikal atau pentas langsung di Festival Harley-Davidson HomecomingTM.

 

hd

 

Skema cat dan grafik Tobacco Fade, yang diilhamkan oleh kemasan kayu sunburst klasik yang pertama kali dilihat pada gitar rock and roll, bes dan dram pada tahun 1960-an, menjadikan motosikal ini istimewa untuk mana-mana pencinta muzik.

 

hd

 

Koleksi motosikal Harley-Davidson ini tersedia dalam kuantiti terhad, tidak lebih daripada 2,000 setiap model, dan merentasi pilihan tiga model motosikal.

 

hd

 

Koleksi Tobacco Fade Enthusiast memilik ciri penggayaan seperti berikut;

-Cat premium Tobacco Fade yang digunakan menggunakan alat cat elak pudar, menghasilkan garis-garis merah karamel menyerlahkan ton panel emas metalik yang terapung tepat di luar pudar matahari.

- Inspirasi tangki bahan api medallion unik untuk skim ini

 

hd

 

- Grafik pick gitar bergaya pada fender hadapan

- Logo berjenama Enthusiast Collection di atas pembawa bagasi Tour-Pak® atau fender belakang.

 

hd

 

Koleksi Tobacco Fade Enthusiast boleh didapati untuk model Low Rider® ST, sebuah motosikal sport-touring Amerika yang menggunakan rangkaian kuasa enjin Milwaukee-Eight® 117 V-Twin.

 

hd

 

Secara teknikal, ia mempunyai spesifikasi dan mekanisma sama seperti model Low Rider® ST.

Enjin tersebut mempunyai kapasiti sebanyak 1,923cc yang menghasilkan kuasa output tertinggi sehingga 105hp dan mencapai kuasa tork sehingga 168Nm.

 

hd

 

Ia masih mengekalkan ciri-ciri seperti unit pencahayaan jenis LED, lampu belakang LED Zeppelin serta lampu isyarat belok Incandescent bullet.

Turut dikekalkan paparan meter LCD bersaiz 2.14 inci yang disertakan dengan speedometer, indikator gear, odometer, aras minyak, jam, trip, jarak dan takometer.

hd

Harley-Davidson Low Rider® ST edisi Enthusiast Motorcycle Collection dijual dengah harga bermula dari RM164,900

Pelanggan yang berminat boleh menghubungi pengedar Harley-Davidson terdekat untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan model, varian, warna, spesifikasi dan garis masa penghantaran yang berkenaan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kesemua motosikal itu menggunakan model Harley-Davidson Low Rider™ ST yang dikuasakan oleh enjin V-…
Informasi
Ianya merupakan sebuah model Harley-Davidson LiveWire ELW 2020, model motosikal dengan rangkaian…
Berita Domestik
Low Rider El Diablo merupakan motosikal yang dihasilkan untuk memberikan gaya dan prestasi sports…