Kejadian itu berlaku 28 November lalu di kawasan parkir kampus York University di mana kedua-dua remaja untuk menggunakan pistol untuk mengugut seorang lelaki di bandaraya Toronto agar menyerahkan kunci kereta, telefon bimbit dan wang tunai.
Selepas itu kedua-duanya cuba melarikan diri dengan kereta mangsa tetapi gagal kerana tidak ada seorang pun di antara mereka yang pandai memandu kenderaan bertransmisi manual.
Remaja-remaja itu melarikan diri tetapi berjaya diberkas oleh pihak polis.
Ini tidak mustahil berlaku kerana kebanyak kenderaan yang dijual di US dan Kanada datang dengan transmisi automatik.
Lebih dari 85 peratus kenderaan baharu yang dijual di Malaysia datang dengan transmisi automatik.