"Kebanyakan peniaga tidak memaklumkan kepada pengguna mengenai keadaan sebenar kenderaan itu walaupun dari segi luaran ia kelihatan elok tanpa ada sebarang kesan cacat cela," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ujar beliau, pengguna kebiasaannya terpukau dengan tawaran harga walaupun ia diletakkan pada harga tidak masuk akal.
"Sudah berdekad lamanya pembeli kereta ditipu ketika memberi kenderaan terpakai oleh kapitalis jahat," dakwa Ahmad Aliff.
Menurutnya, pengguna seharusnya bersifat lebih bijak dengan membuat semakan terperinci terhadap kenderaan sebelum meneruskan urus niaga.
"Peniaga semestinya memberikan nombor casis kenderaan untuk disemak sejarahnya termasuk tuntutan insurans yang pernah dibuat sebelum ini bagi membuktikan kualiti kenderaan," jelasnya yang mengasaskan SCRUT bersama Nik Muhammad Izwan Nik Mohd Kamel.