Honda US tawarkan program pajakan kereta terpakai, usia sehingga 10 tahun, lengkap dengan jaminan

oleh Mohamad Hanif|
Tidak menghairankan apabila beberapa syarikat automotif kini menyediakan program pajakan kenderaan yang fleksibel sebagai salah satu cara untuk menarik golongan pengguna muda dan pembeli kali pertama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di Amerika Syarikat, Honda telah pun menawarkan program pajakan Certified Pre-Owned (CPO), di mana dalam kemaskini terbaharu, pembeli boleh mendapatkan kereta pra-milik yang telah disahkan, dengan usia sehingga 10 tahun.

Berdasarkan semakan di laman web HondaCertified.com, anda masih boleh mendapatkan model-model lama seperti CR-V 2014, Odyssey 2016, Civic Sedan 2015 dan juga Honda Pilot 2016.
 

Pilot


Biarpun menawarkan kenderaan berusia sehingga 10 tahun, program Honda CPO ini didatangkan lengkap dengan jaminan menyeluruh untuk komponen trenkuasa dan bukan trenkuasa, selain merangkumi servis penukaran minyak hitam percuma (sekali), bantuan tepi jalan dan langganan Sirius Radio percuma untuk tempoh tiga bulan.

Menariknya, program ini sebenarnya telah pun wujud sejak tahun 2020, di mana Honda menjadi pengeluar pertama di Amerika yang menawarkan kereta pra-milik.

Setakat Oktober 2023, Honda kini menduduki tempat kedua dalam kategori kenderaan Certified Pre-Owned (CPO) dengan penguasaan dan pertumbuhan melebihi 16 peratus.

Sumber: Honda USA

Berita Berkenaan

Berita Global
Keadaan tersebut mungkin bakal berubah dalam masa terdekat, berdasarkan pengumuman terbaharu yang…
Berita Global
Selain daripada menyertai perlumbaan endurans, pasukan HART juga turut aktif di dalam perlumbaan…
Berita Global
Di Amerika Syarikat, Honda telah menghentikan sementara penjualan bagi model tersebut disebabkan…