Hennessey Mammoth 1000 TRX, pikap paling berkuasa di dunia!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hennessey Mammoth 1000 TRX
Hennessey Mammoth 1000 TRX
Kebelakangan ini dunia automotif disajikan dengan pelbagai kereta kuasa tinggi, sama ada bernadikan enjin pembakaran dalaman berkelajuan lebih 400 kilometer sejam (km/j) atau kereta elektrik dengan pecutan 0 hingga 100 km/j di bawah empat saat.

Dalam asyik melayan pencapaian itu bagaimana pula dengan segmen lain yang jarang diketengahkan? Pikap misalnya?

Ini jawapannya, Hennessey Mammoth 1000 TRX. Pikap ini adalah hasil kerja Hennessey Performance Engineering (HPE) dari Texas, Amerika Syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Hennessey Mammoth 1000 TRX

 

Hennessey Mammoth 1000 TRX diasaskan dari pikap Dodge Ram 1500 TRX dengan pelbagai ubah suai dan menjadikannya pikap paling berkuasa di dunia.

Hennessey Mammoth 1000 TRX digerakkan enjin 6.2 liter Hellcat V8 dengan pengecas lampau (supercharger) dan menghamburkan 1,000 kuasa kuda (hp)!

Enjin Dodge itu dalam keadaan asal menghasilkan 702 hp dan telah melalui beberapa ubah suai bagi mendapatkan kuasa luar biasa.

Di antara ubah suai yang dibuat ialah pemasangan pengecas lampau 2.65L, penyuntik bahan api dan sistem induksi aliran tinggi (high flow).

 

Hennessey Mammoth 1000 TRX

 

Angka 1,000 hp digabung bersama 1,314 Nm dan prestasi daya pecut 0 hingga 96 km/j hanya memerlukan 3.2 saat yang meletakkannya di dalam liga kereta hiper!

Hennessey adalah sebuah jenama yang terkenal dengan projek luar biasa dan telah menghasilkan lebih 12,000 kenderaan untuk para peminat prestasi di serata dunia. 

Selain ubah suai kereta sport dan kereta muscle, Hennessey menghasilkan kereta hiper sendiri iaitu Venom GT dan Venom F5.

MAMMOTH 1000 TRX adalah pikap paling berkuasa pernah dihasilkan Hennessey selain mempamerkan keupayaan kejuruteraan yang dimiliki.

 

Hennessey Mammoth 1000 TRX

 

Pikap ini berukuran 5.81 meter panjang, 2.09 meter lebar dan 1.97 meter tinggi. Tidak menghairankan apabila Hennessey memanggil MAMMOTH 1000 TRX ini sebagai pikap hiper.

Dari segi kapasiti, pikap ini boleh memuatkan lima penumpang dewasa dengan selesa, muatan lebih 1,043 kilogram (kg) dan keupayaan tunda melebihi 3,492 kg.

Berapakah harga untuk memiliki MAMMOTH 1000 TRX? 

Termasuk sebuah Dodge Ram 1500 TRX standard, pelanggan yang mahukan pakej MAMMOTH 1000 perlu membayar sekitar AS$150,000 (RM624,075).

 

Hennessey Mammoth 1000 TRX

 

Menurut Hennessey, kebanyakan pelanggan biasanya memilih model standard dengan spesifikasi tinggi dan menambah pakej MAMMOTH 1000 dan pakej off-road Stage 2.

Pakej Stage 2 terdiri daripada komponen seperti bampar custom, lampu LED, kit peninggian depan, roda off-road saiz 37 inci dan pemijak jenis fold-out elektronik yang dinaik taraf.

Dengan segala pengubahsuaian ini adakah MAMMOTH 1000 TRX diberikan waranti? Ini bukan lagi pikap standard yang dijual oleh Dodge Ram. 

Semestinya, setiap produk Hennessey dibuktikan dengan mesin dyno, diuji di litar, sah digunakan di jalan raya awam dan mempunyai waranti.

 

Hennessey Mammoth 1000 TRX

 

Hennessey memberi jaminan selama dua tahun atau jarak pemanduan 24,000 batu (38,624 km).

Satu lagi keistimewaan MAMMOTH 1000 TRX ialah pikap ini dikeluarkan sebanyak 200 unit sahaja sepanjang 2021 dan menjadikannya sebuah pikap yang eksklusif dan rare!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Hennessey Mammoth 1000 TRX

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tidak dilupakan, kit karbon turut memberikan imej lebih sporti. Pakej Carbon Edition…