Valiance Convertible ini akan menggunakan asas daripada Defender 90 dua pintu.
Bumbung asal serta tingkap panel belakang Defender ini akan dipotong dan digantikan dengan bahan soft-top boleh lipat berkuasa semi-elektrik, namun struktur tiang A dan tiang B akan dikekalkan.
Heritage Customs menawarkan tiga konfigurasi yang boleh dipilih iaitu:
Côte d’Azur

-diambil nama daripada pesisir pantai Mediterranean
-layangan warna biru, kemasan hitam pada bampar
-aksen Magic Metal Copper
-bumbung cognac
-rim Space Cowboy 22 inci, tayar dinding putih
-tempat duduk sports, roda stereng klasik, kemasan Magic Metal Copper
Solihull Sand

-diinspirasikan daripada Hue l66, unit pertama Land Rover yang keluar dari barisan produksi
-layangan warna hijau, kemasan kelabu pada bampar
-aksen Magic Metal Gun Metal
-bumbung sand
-rim Rock Dust 20 inci berwarna putih
-tempat duduk dan stereng klasik, aksen Magic Metal patinated Copper
Kokkini Paralia

-bersempena Red Beach di kepulauan Greek yang popular
-layangan warna dark matte red, kemasan hitam pada bampar
-aksen Magic Metal Gun Metal
-bumbung hitam
-rim 22 inci Supersonic Wheels
-tempat duduk dan roda stereng sports, aksen Magic Metal Tin
Harga jualan untuk sebuah Valiance Convertible bermula dari €138,500 (RM658,546)
Harus diingat, hanya lima unit sahaja Defender dengan bumbung boleh lipat ini yang akan dihasilkan oleh Heritage Customs.