Salah satu daripadanya adalah Heritage Customs, di mana mereka baru-baru ini memperlihatkan projek yang dinamakan sebagai Valiance Tuxedo Black.
Seperti namanya, Land Rover Defender ini dilayangkan dengan warna hitam Tuxedo Black, selain membuat beberapa perubahan seperti pemasangan rak bumbung yang besar, serta tangga mini di bahagian sisi SUV ini.
Terdapat juga tempat meletak perkakasan kecil di bahagian sisi, dan keeempat-empat sudut dipasangkan dengan rim aloi tempa bersaiz 22 inci yang berwarna hitam Tuxedo Black.
Pembeli juga boleh menempah kemasan yang berbeza seperti potongan berlian atau matte black, atau dengan menempah rim yang bersaiz 20 inci.
Untuk kemasan ruang kabin, pihak Heritage Customs telah memasang set pedal logam baharu, serta kemasan warna Tuxedo Black pada bahagian bawah roda stereng, bahagian bawah konsol tengah, papan pemuka, pelindung pembesar suara dan juga pemegang pintu.