HERTZ JUAL KESEMUA KERETA SEWA ELEKTRIK

oleh Firdaus Razani|
Firma kereta sewa, Hertz Global Holdings menjual kira-kira 20,000 kenderaan elektrik (EV) selepas penyewaan EV kurang mendapat permintaan dan termasuk jenama Tesla telah mengikat perjanjian dengan jenama tersebut untuk menawarkan keretanya disewa di firma tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut firma tersebut, pada sasaran awalnya adalah untuk menjadikan 25 peratus daripada firma tersebut menggunakan EV tetapi oleh kerana perbelanjaan untuk membaiki kereta EV akibat kerosakkan dan kemalangan lebih tinggi.

Tahun lalu, Ketua Pegawai Eksekutif, Stephen Scherr telah menanda satu aras untuk mengelakkan daripada berbelanja tinggi untuk EVnya di Persidangan Auto JPMorgan.

 

hertz

 

Hertz malah mengehadkan spesifikasi tertentu pada EV untuk memudahkan pelanggan menyesuaikan diri selepas beberapa pelanggan cuai ketika memandu yang menyebabkan kerosakkan.

Saham syarikat itu, yang turut mengendalikan kenderaan dari pembuat EV, Polestar jatuh kira-kira empat peratus manakala saham Tesla turun kira-kira tiga peratus.

Hertz menjangkakan kira-kira $245 juta caj yang berkaitan dengan perbelanjaan susut nilai daripada penjualan EV pada suku keempat 2023.

Menurut data Cox Automotive, harga borong EV terpakai jatuh pada tahun 2023 kerana harga untuk EV baharu susut dan inventori kenderaan elektrik yang tidak terjual meningkat.

 

hertz

 

Cox meramalkan sebelum keputusan Hertz bahawa harga EV terpakai akan menurun lebih daripada harga kenderaan terpakai keseluruhan pada 2024.

Penganalisis iSeeCars.com Karl Brauer berkata "Walaupun 20,000 kereta bukanlah jumlah yang besar dalam jumlah pasaran kenderaan terpakai, ini bermakna Hertz akan menanggung kerugian besar pada setiap jualan ini sambil terus menyumbang kepada trend penurunan nilai EV terpakai,"

Hertz menjual beberapa Tesla Model 3 pada harga serendah kira-kira $20,000 (RM92,800), hampir separuh daripada harga pembelian untuk varian termurah sedan kompak itu, menurut laman web kereta terpakainya.

 

SUMBER : Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Mercedes telah menggunakan EQ untuk menetapkan EVnya merentas lapan model daripada EQA hingga EQS…
Informasi
Kerajaan Madani akan menggunakan kapasiti bateri sebagai kriteria utama untuk menggubal struktur…
Berita Global
Identiti baharu ini mempamerkan usaha Mahindra untuk kemampanan dan komitmen terhadap planet ini,…