Honda ADV350 rasmi di Malaysia - dari RM33,999

oleh Firdaus Razani|
Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) baharu sahaja mengumumkan pelancaran model skuter untuk barisan ADV terbaharu mereka, iaitu Honda ADV350.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Honda ADV350 dinadikan dengan enjin 4 lejang bersasaran 330cc, satu silinder, penyejuk cecair SOHC yang memberi kuasa output sehingga 28.8hp dan kuasa tork sehingga 31.8Nm.

 

bsh

 

Skuter ini juga dilengkapi dengan teknologi Smart Power Plus (eSP+) yang dipertingkatkan untuk menghasilkan prestasi yang tinggi dan karakter yang kukuh.

 

bsh

 

Dengan menampilkan konsep rekaan ‘New Urban Adventure’, Honda ADV350 sememangnya dibina untuk kegunaan secara harian atau pengembaraan yang lasak.

 

bsh

 

Sementara itu, ia turut menampilkan suspension hadapan berukuran 125mm secara terbalik dan suspension belakang bersaiz 130mm bersama sub-tangki.

ADV350 turut hadir dengan roda bersaiz 15-inci hadapan, 14-inci belakang, serta reka bentuk rim enam spoke yang dibaluti tayar 120/70-15 untuk bahagian hadapan dan tayar tubeless 140/70-14 belakang.

 

bsh

 

Antara ciri-ciri yang terdapat di Honda ADV350 adalah ciri keselamatan anti-locking braking System (ABS) dan Emergency Stop Signal (ESS) yang berfungsi ketika brek terlalu kuat.

Selain itu, ia turut menampilkan dua aras Honda Selectable Torque Control (HSTC) untuk mengesan sebarang perbezaan antara kelajuan roda hadapan dan belakang.

 

bsh

 

Ia kemudian mengawal tork enjin melalui suntikan bahan api untuk mendapatkan semula cengkaman roda belakang.

ADV350 mempunyai ketinggian tempat duduk setinggi 795mm dan dibawah tempat duduk tersebut adalah ruang simpanan bersaiz 48 liter yang boleh memuatkan dua topi keledar full-face.

 

bsh

 

Honda ADV350 2024 tampil dengan tiga pilihan warna, iaitu Mat Gun Powder Black Metallic, Pearl Smokey Gray dan Mat Candy Tulip Red yang dijual dengan harga bermula dari RM33,999,

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bakal dipertontonkan pada pengunjung bermula 22 hingga 26 Mei 2024, booth BSH turut memperkenalkan…
Berita Global
Kategori automobil berjaya disandang oleh Honda HR-V e:HEV, sementara kategori motosikal pula…