Honda bakal perkenalkan ADV350, CB750, XL750, NX500 di MAS 2024

oleh Firdaus Razani|
Honda XL750 Transalp
Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) bakal memperkenalkan motosikal Honda ADV350, CB750, XL750 dan NX500 di acara pameran Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024) di MAEPS, Serdang.

Bakal dipertontonkan pada pengunjung bermula 22 hingga 26 Mei 2024, booth BSH turut memperkenalkan Sudut Teknologi Honda di mana ia ditetapkan untuk memaparkan pelbagai teknologi Honda.

 

bsh
Honda NX500

 

BSH turut berkongsi menerangkan Anti-Lock Brake System (ABS), Honda Selectable Torque Control (HSTC), Dual Clutch Transmission (DCT), Honda RoadSync, dan Smart Power Plus (eSP+) yang dipertingkatkan.

 

bsh
Honda CB750

 

Tambahan itu, BSH turut beri peluang kepada pengunjung untuk merasai pengalaman teknologi Honda E-clutch secara virtual reality (VR) dan bentuk digital.

 

bsh
Honda ADV350

 

Teknologi E-Clutch mewakili kemajuan terkini Honda, yang pertama seumpamanya memasuki Malaysia melalui acara eksklusif ini.

Teknologi tersebut akan dipaparkan pada CB650R dan CBR650R seterusnya yang akan tiba di Malaysia tidak lama lagi.

Selain itu, BSH turut memperkenalkan sudut Pro Honda.

Pro Honda ialah jenama minyak global baharu untuk motosikal dan produk kuasa yang ditubuhkan oleh Honda Motor yang diterima baik oleh negara lain dan kini ia boleh didapati di Malaysia.

Pengunjung bakal menemui Pro Honda Scooter mineral dan CUB mineral yang sesuai untuk motosikal besar.

Kedua-dua produk direka bentuk untuk memaksimumkan prestasi enjin dengan memfokuskan pada tiga aspek utama: kecekapan bahan api, ketahanan dan keberkesanan kos.

Selain itu, pada 22 Mei, bakal diraikan pengiktirafan Honda baru-baru ini daripada Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) melalui Program Penilaian Motosikal (MyMAP).

Program ini telah menganugerahkan tiga bintang kepada Honda BeAT dan Vario125 untuk teknologi brek Honda mereka yang unik, Combi Brake System (CBS).

Manakala, lima bintang untuk Honda Vario 160, Honda ADV160, Honda CBR150R, dan Honda RS-X yang dilengkapi dengan ABS.

Pengiktirafan berprestij ini menggariskan komitmen Honda terhadap keselamatan, dinilai merentasi empat tonggak merangkumi peraturan UNECE, Pematuhan Pengeluaran, Ciri Keselamatan dan Program Sokongan.

Selain pameran di atas, Honda turut menampilkan Riding Trainer (RT) yang menawarkan pengunjung untuk merasai pengalaman menaiki simulator.

Honda merupakan satu-satunya jenama motosikal yang menampilkan simulator tunggangan keselamatan di kebanyakan pengedar eksklusifnya, Honda Impian X.

Ia adalah sebahagian daripada usaha Honda untuk menggalakkan penunggang mempelajari petua menunggang dan langkah berjaga-jaga keselamatan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan.

 

bsh

 

Pengunjung boleh berkunjung di booth BSH bernombor D20 di dewan D di MAS 2024 dan berpeluang melihat lebih dekat CBR1000RR-R ( jentera ARRC ASB1000), CBR600RR ( jentera ARRC SS600), Africa Twin Adventure Sports, Gold Wing Tour, REBEL dan warna baharu X-ADV.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar Honda sah seluruh negara bermula esok, 22…
Berita Domestik
Warna yang dimaksudkan itu ialah Mat Charcoal Grey Metallic/Gold, Candy Scintillate Red, Force…
Berita Domestik
Warna yang dimaksudkan itu ialah Mat Gunpowder Black Metallic, Candy Diesel Red dan juga Pearl…