Honda akhirnya bikin enjin V8, tapi bukan untuk Civic Type R!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada enjin V6, Honda bukanlah tidak pernah menghasilkan enjin-enjin bentangan V seperti V8, V10, dan V12, namun kesemua enjin tersebut tidak pernah ditawarkan secara komersial untuk kegunaan umum.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti contoh, enjin V8 Honda pernah mengaum untuk acara sukan seperti Formula 1 dan siri perlumbaan Indy V8 yang dianjurkan di Amerika Syarikat.

Berita baik, anda kini boleh mendapatkan nadi V8 dengan teknologi VTEC secara rasmi daripada Honda.
 

V8


Cuma sayang sekali, nadi V8 ini tidak sesuai untuk dipasang pada Honda Civic Type R anda, melainkan jika anda mahukan Civic Type R itu meluncur di atas permukaan air.

Nadi V8 yang dimaksudkan itu sebenarnya merupakan BF350 - motor outboard pertama Honda yang dihasilkan oleh Honda Marine dan bertindak sebagai pilihan enjin yang paling tinggi untuk golongan T5.

Selain daripada VTEC, Honda turut memuatkan pelbagai teknologi termaju pada enjin tersebut, seperti:
 

V8



• Mod Boosted Low Speed Torque (BLAST)
  -meningkatkan prestasi pecutan dengan menjadikan nisbah petrol lebih tinggi daripada udara
  -melaraskan pemasaan pencucuhan untuk meningkatkan output daya kilas
• ECOmo
  -mengurangkan penggunaan bahan api sewaktu berlayar pada kelajuan malar
• Kawalan pelayaran
• Honda Intelligent Shift and Throttle

Secara standard, Honda BF350 ini mampu menjana kuasa setinggi 350 hp @ 5,500 rpm dan direka untuk bot-bot bersaiz melebihi tujuh meter.
 

v


Setakat ini, harga jualan enjin V8 Honda BF350 ini masih belum didedahkan, namun ia bakal membuat kemunculan di acara Internatinal BoatBuilders Exhibition & Conference (IBEX) di Tampa, Florida bermula 3-5 Oktober ini.

Ia bakal dilancarkan secara rasmi pada awal tahun 2024, lengkap dengan jaminan pengeluar selama lima tahun.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…