Honda bangunkan E-Clutch - selamat tinggal klac tangan!

oleh Mohamad Hanif|
Kalau sebelum ini motosikal sudah pun mempunyai teknologi penukaran gear pantas tanpa memerlukan operasi klac tangan, Honda kali ini memperkenalkan teknologi kawalan klac elektronik yang mengenepikan terus peranan klac tangan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dinamakan sebagai E-Clutch, teknologi ini akan mengawal operasi klac yang optimum di mana terdapat perubahan daya pacuan, dan dalam masa yang sama menawarkan pengendalian yang sama seperti klac yang ditarik secara manual.

Menurut Honda, E-Clutch ini membolehkan penunggang motosikal untuk memulakan perjalanan, membuat penukaran gear dan berhenti dengan lebih lancar dan mudah tanpa operasi klac tangan.

 


Walaupun kedengaran teknologi ini dihasilkan untuk golongan rider baharu, ia juga sebenarnya boleh dinikmati oleh pelbagai lapisan pengguna, terutama bagi mereka yang sudah mahir mengendalikan motosikal berklac tangan.

Yang pasti, tidak seperti tuil/suis lampu isyarat membelok yang langsung tidak berfungsi sejak keluar kilang, klac tangan ini setidak-tidaknya masih lagi boleh digunakan secara normal oleh penunggang yang mahukan keseronokan tunggangan yang tersendiri.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ketepikan mitos itu sebab penulis sendiri tidak mempunyai sebuah Honda dan telah pun melangsungkan…