Honda bangunkan konsep pesawat eVTOL

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada pemanduan autonomi, arena eVTOL (electric vertical take-off and landing) juga kian meningkat naik dan beberapa pengeluar sudah pun mula menceburi bidang tersebut - termasuklah Honda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menariknya, untuk pembangunan jentera eVTOL, Honda bukan sahaja menggunakan kepakaran di dalam bidang aeronautik (HondaJet), malah mereka turut menggunakan segala ilmu yang diperoleh daripada pembangunan kereta elektrik, teknologi pemanduan autonomi, teknologi hibrid dan tidak ketinggalan, sukan F1!
 

Honda


Konsep pesawat eVTOL ini turut menampilkan rekaan trenkuasa hibrid, di mana ia menggandingkan lapan unit rotor pengangkat dan dua unit kipas pusher berkuasa elektrik, serta enjin turbin gas yang bertindak sebagai unit penambah jarak.

Konsep trenkuasa hibrid yang unik ini membenarkan jarak operasi sehingga 400 km, menjadikannya satu penyelesaian yang realistik untuk digunakan sebagai pengangkutan dalam bandar.

Secara tidak langsung, Honda telah berjaya menyelesaikan masalah tipikal yang ada pada model-model eVTOL.
 

Honda


Selain daripada itu, konsep eVTOL ini akan disokong oleh satu ekosistem mobiliti yang menyeluruh bagi mewujudkan satu kesinambungan hubungan antara kesemua sistem yang ada, seperti sistem pemanduan autonomi, jaringan infrastruktur, sistem operasi penerbangan, sistem kawalan trafik udara serta perkhidmatan penyelenggaraan.

Honda merancang untuk memperkenalkan model prototaip eVTOL pada tahun 2023 diikuti dengan ujian penerbangan pada tahun 2025 sebelum apa-apa keputusan pengkomersialan dibuat.

Malah, jika segalanya berjalan lancar, Honda merancang untuk mendapatkan kelulusan operasi menjelang tahun 2030 sebelum ia dibuka sepenuhnya kepada umum sebagai salah satu alternatif bagi mod pengangkutan udara.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…