Nampaknya Honda akur dengan janjinya dan model dengan enjin 300 cc itu akan dilancarkan di US bulan hadapan dengan harga US$4,649 (tanpa ABS) dan US$4,949 (dengan ABS).
CB300R nampaknya lebih lengkap berbanding dengan model sporty berfairing CBR300R.
Motor naked ini didatangkan dengan fork hadapan terbalik (inverted) sebesar 41mm, brek hadapan Nissin dengan 4-piston, lampu-lampu LED dan meter LCD.
Dengan berat dari 142 kg dan tinggi pelana dari bumi sebanyak 800 mm, ia adalah sebuah motosikal yang mudah ditunggang oleh ramai.
Untuk pasaran US, motosikal di bawah 400 cc ini disasarkan lebih kepada penunggang-penunggang baharu. Kerana itu harganya juga lebih rendah.
Penjualan motosikal di pasaran US menurun sejak 10 tahun lalu dan antara puncanya ialah ketiadaan modelk-model permulaan.
Kerana itu, Kawasaki, Yamaha, Honda, Suzuki dan sebagainya menghasilkan motosikal-motosikal kelas permulaan untuk menghidupkan kembali dunia roda dua di sana.