Honda CBR1000RR-R 2020 - pertama kali mendarat di Malaysia!

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda mengikuti perkembangan semasa, pasukan Honda Asia-Racing Dream telah pun mengumumkan pelan perancangan bagi musim perlumbaan 2020, dan dalam masa yang sama memperlihatkan secara rasmi motosikal lumba Honda CBR1000RR-R Fireblade 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dibangunkan oleh Honda Racing Corporation untuk bertanding di dalam World Superbike Championship, Honda CBR1000RR-R Fireblade menggunakan casis dan kerja badan yang diperoleh daripada jentera Honda RC213-V. 

 


Enjin ultra-kompak yang digunakan pada jentera ini menggunakan konfigurasi empat silinder sebaris bersesaran 999cc yang menghasilkan 215 kuasa kuda @ 14,500 rpm dan daya kilas 113 Nm yang masuk penuh pada putaran enjin 12,500 rpm. 

Jika diperhatikan, panel luar yang membentuk badan Honda CBR1000RR-R ini juga turut menyumbang kepada ciri aerodinamik yang lebih berkesan, seperti penggunaan winglet yang mampu menambah daya turun, serta fungsi aliran angin yang lebih baik. 
 


Antara teknologi perlumbaan yang dibawakan pada jentera ini termasuklah:

  • finger-follower rocker arm
  • rod penyambung titanium
  • teknologi pengurangan geseran dari RC213V-S
  • semi-cam gear train
  • piston jet
  • sistem check ball
  • laluan air untuk silinder water jacket.

Hasil sisa pembakaran bahan api dan udara disalurkan keluar menerusi sistem ekzos Akrapovic 4-2-1 yang diakhiri dengan unit peredam bunyi berbentuk oval.
 


Dari segi tunggangan pula, sistem pendikit menggunakan Throttle-by-Wire dan digandingkan dengan tiga mod tunggangan yang boleh dipilih, pilihan penukaran kuasa, engine braking, kawalan Wheelie yang boleh dikonfigurasikan menerusi Honda Selectable Torque Control. 

Selain daripada itu, Launch Control turut didatangkan sebagai standard melengkapi sistem IMU enam paksi dari Bosch. 

Aspek kawalan pula menggunakan sistem suspensi boleh laras sepenuhnya di hadapan dan belakang, menggunakan fork Showa 43 mm BPF di hadapan dan unit Showa Balance-Free Rear Cushion dan Pro-Link dengan penyerap HMAS.
 


Bagi memastikan kuasa disalurkan kepada jalan raya dengan lebih berkesan, Honda CBR1000RR-R didatangkan dengan tayar Bridgestone R11, manakala kuasa pemberhentian diserahkan kepada sistem brek hadapan Nissin empat piston yang mencengkam cakera 330 mm di hadapan. 

Setakat ini tiada lagi sebarang berita berkenaan pelancaran rasmi jentera ini untuk pasaran Malaysia. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Unit kuasa Honda CBR1000RR-R FIREBLADE SP   Enjin dengan ukuran gerek 81 milimeter (mm) dan…
Model Terbaharu
Hadir dalam satu pilihan warna Pearl Glare White, CBR1000RR-R ini turut menampilkan logo baharu HRC…
Berita Global
Rekaan CBR150R sememangnya merujuk kepada abang besarnya Honda CBR1000RR Fireblade yang penuh…