Honda CBR1000RR-R FIREBLADE SP dan CBR1000RR-R FIREBLADE 2024 Jepun, sama tetapi tidak serupa

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda CBR1000RR-R FIREBLADE SP 2024
Honda CBR1000RR-R FIREBLADE SP 2024
Peminat versi terbaru Honda CBR1000RR-R FIREBLADE SP dan CBR1000RR-R FIREBLADE di Jepun boleh mula mendapatkannya pada 1 Mac 2024.

Nampak sama tetapi banyak dibuat merangkumi enjin, rangka, reraut, kawalan elektronik dan berat yang lebih ringan.

FIREBLADE SP dibezakan pada suspensi depan, angkup brek Brembo dan penukar cepat sebagai ciri asas.

Kedua-dua model dipacu enjin SC82E 999 cc empat silinder sebaris yang menghasilkan 218 ps pada 14,000 rpm dan tork 113Nm pada 12,000 rpm.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Unit kuasa

Honda CBR1000RR-R FIREBLADE SP Matte Pearl Morion Black 2024 Jepun 01
Honda CBR1000RR-R FIREBLADE SP

 

Enjin dengan ukuran gerek 81 milimeter (mm) dan lejang 48.5 mm mempunyai nisbah mampatan 13.6.

Honda telah mengubah pemasaan injap dan angkatan (lift) dan bentuk kepala omboh ditukar bagi meningkatkan nisbah mampatan.

Hasilnya boleh dirasai pada prestasi pecutan julat pertengahan.

Kedua-dua model juga merupakan motosikal Honda pertama yang menggunakan throttle-by-wire (TBW) dengan dua motor.

 

Honda CBR1000RR-R FIREBLADE
Honda CBR1000RR-R FIREBLADE

 

Penggunaan dua motor untuk membuka dan menutup injap pendikit membolehkan kawalan setiap dua silinder dilakukan secara bebas.

Pengawalan pemulas pendikit (throttle) menjadi lebih mudah pada julat bukaan rendah semasa memecut dan meningkatkan keberkesanan pembrekan enjin semasa nyah pecut.

Honda juga mengurangkan inersia dengan menukar bentuk dan menurunkan berat aci engkol dan menyumbang kepada tindak balas enjin lebih jitu mengikut pulasan pendikit.

Nisbah gear turut ditukar dan secara keseluruhannya Honda mahu meningkatkan daya pacuan dalam julat kelajuan motosikal.

 

Honda CBR1000RR-R FIREBLADE SP
Honda CBR1000RR-R FIREBLADE SP

 

Rangka, reraut dan winglet baharu

Perkakasan rangka direka semula bagi mengoptimumkan berat dan keseimbangan ketegaran. Nampak sama namun berbeza dari segi struktur dan penggunaan bahan.

Perubahan ketara boleh dilihat pada winglet, reraut tengah dan bawah baharu yang dimanfaatkan dari dunia perlumbaan.

Bahagian lateral (sisi) winglet dikurangkan dan berupaya menekan motosikal ke bawah dan pada masa yang sama mengurangkan olengan (yaw) sehingga sepuluh peratus.

Perubahan itu juga meningkatkan kelincahan motosikal. Dari segi berat, SP mempunyai tambahan satu kilogram (kg) berbanding 200 kg pada Fireblade. 

 

Honda CBR1000RR-R FIREBLADE SP
Honda CBR1000RR-R FIREBLADE SP

 

Kawalan elektronik

Selain perubahan karakteristik output dan pembrekan enjin hasil penggunaan TBW dua motor, Honda turut memeta semula setiap mod tunggangan.

Perubahan itu membolehkan penunggang menikmati Fireblade dengan lebih menyeronokkan dan dalam pelbagai keadaan tunggangan.

FIREBLADE SP mempunyai fungsi yang memaparkan nilai prabeban yang disyorkan untuk suspensi depan dan belakang mengikut berat penunggang.

Saranan itu ditentukan berdasarkan maklumat berat penunggang yang dimasukkan ke dalam meter.

 

Honda CBR1000RR-R FIREBLADE
Honda CBR1000RR-R FIREBLADE

 

Penyerap hentak dan brek

Berbeza dengan FIREBLADE, FIREBLADE SP menggunakan penyerap hentak depan ÖHLINS NPX Smart-EC 3.0 dan TTX36 Smart-EC3.0 di belakang.

Brek depan SP menggunakan angkup Brembo berbanding Nissin pada FIREBLADE.

Warna dan harga

CBR1000RR-R FIREBLADE ditawarkan dalam tiga warna (tricolor) Grand Prix Red manakala FIREBLADE SP mempunyai tambahan Matte Pearl Morion Black.

FIREBLADE ditawarkan pada harga 2,486,000 yen (RM78,906.226) dan 2,849,000 yen (RM90,427) untuk SP.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk versi kali ini, para jurutera Honda masih lagi cuba mengekalkan nadi empat silinder sebaris…
Berita Global
Di negara jiran kita Filipina, Honda Philippines baharu sahaja melancarkan sebuah Fireblade versi…
Berita Domestik
Tiga model tersebut adalah Honda CBR1000RR-R, Honda GL1800 Gold Wing dan Honda CRF1100L Africa Twin…