Di negara jiran kita Filipina, Honda Philippines baharu sahaja melancarkan sebuah Fireblade versi mini iaitu Honda CBR150R dengan penampilan yang diinspirasikan daripada model superbike 1,000 cc itu.
Antara 'jajan' yang dimuatkan pada Fireblade mini ini termasuklah fork hadapan jenis terbaik berwarna emas, rupa paras yang sememangnya lebih sporti, lampu utama dan belakang LED yang direka semula, skrin paparan LCD digital penuh dengan indikasi gear, serta klac assist slipper yang memudahkan penukaran gear ketika tunggangan.
CBR150R ini juga turut mendapat teknologi Honda terkini seperti sistem pancitan bahan api PGM-Fi, serta teknologi eSP.
Apa yang dikekalkan daripada model generasi terdahulu adalah ciri penderia sudut condong, di mana sistem akan mematikan operasi enjin sekiranya motosikal melebihi 60 darjah untuk melindungi kerosakan yang lebih ketara di dalam insiden kemalangan.