Honda CBR150R 2023 dalam warna baharu itu akan tersedia di semua pengedar sah Honda bermula 22 Jun 2023, dengan harga jualan bermula dari RM13,299 (atas jalan tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran).
Spesifikasi CBR150R masih lagi kekal, dengan menampilkan enjin silinder tunggal sejukan cecair 150 cc yang mampu menghasilkan 16 hp @ 9,000 rpm, serta daya kilas 13.7 Nm @ 7,000 rpm.
Ia didatangkan dengan transmisi enam nisbah kelajuan yang dibantu dengan klac assist/slipper.
Ciri lain termasuklah lampu LED penuh, sistem lampu utama berkembar yang agresif, brek cakera, paparan meter digital penuh, serta sistem brek ABS dua saluran.
Setiap model Honda dilindungi jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km yang mana terdahulu.