Honda cipta Shogo, permudah pergerakan kanak-kanak di hospital

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Shogo
Honda Shogo
Bukan sahaja menyediakan penyelesaian pengangkutan kepada orang ramai, Honda turut membantu kanak-kanak yang berada di hospital dengan membangunkan Shogo.

Jurutera Honda merekabentuk Shogo sebagai pengangkutan kanak-kanak di dalam hospital.

Bukan sekadar kenderaan, Shogo juga membantu mengurangkan tekanan dan kerisauan yang dihadapi pesakit cilik dan ahli keluarga mereka.

Shogo dikuasakan nadi elektrik dan sekarang ini digunakan di Hospital CHOC, California, Amerika Syarikat.
AION MREC Banner Campaign May 2024
Honda Shogo

 

Di antara individu penting di sebalik projek ini ialah Randall Smock, pereka luaran kanan kenderaan American Honda Motor Co., Inc.

Selain reka bentuk, beliau juga terlibat dalam pengujian Shogo dan lebih bermakna apabila beliau sendiri pernah menghabiskan masa di hospital sewaktu kecil.

Kuasa elektik, boleh bergerak dari 1.6 km/j hingga 8 km/j

Shogo berasal dari perkataan Jepun dan memberi bermaksud melonjak ke masa hadapan dan dibangunkan dengan fokus pesakit berusia empat hingga sembilan tahun.

Kanak-kanak tersebut dipercayai dapat memandu Shogo dengan mudah menggunakan kawalan kuasa, mampu mengawal fungsi gerak dan pandu pada stereng dengan kelajuan 1.6 km/j hingga 8 km.

Fungsi itu boleh dilaras dan dikawal oleh jururawat atau penjaga.

 

Honda Shogo

 

Shogo tidak mempunyai pintu supaya lebih mudah untuk diakses dengan kawalan stereng juga direka supaya sesuai untuk kanak-kanak.

Shogo dilengkapi tiang IV (intravenous pole) dan selain dipandu, Honda menyediakan palang untuk jururawat atau penjaga menolaknya secara manual.

Turut dilengkapi ialah bekas mainan, pemegang cawan, hon dengan pelbagai bunyi dan pemegang plat untuk memasukan nama kanak-kanak.

Diuji mengikut keadaan hospital

Dalam membangunkan Shogo, Honda bekerjasama dengan kakitangan Hospital CHOC bagi menilai kebolehgunaannya.

 

Honda Shogo

 

Honda membuat ujian di laluan khas di dalam fasiliti penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dibina mengikut laluan di hospital dengan kanak-kanak dan ibu bapa sebenar.

Ujian itu dibuat bagi memastikan Shogo selamat untuk digunakan di hospital.

Apa yang jelas Shogo bukan sekadar berfungsi sebagai pengangkutan, ianya juga adalah objek yang mampu menggembirakan kanak-kanak di hospital!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Honda Shogo

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…