Honda City 2023 facelift rasmi di India - Tiada lagi enjin diesel, tambahan trenkuasa hibrid, Honda Sensing

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Semalam pasaran di India baru sahaja menerima Honda City 2023 versi facelift bagi generasi kelima City yang telah dilancarkan pada tahun 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi luaran, versi facelift 2023 itu didatangkan dengan sedikit perubahan, pada bahagian depan, rekaan jeriji krom pada bahagian atas bumper kini lebih nipis, dimana ia ditambah dengan rekaan jeriji sarang lebah besar.

 

2

 

Jeriji pada bahagian bawah bumper juga kini kelihatan lebih besar bersama rekaan bersambung terus pada perumah lampu kabus, manakala rekaan lampu hadapan masih kelihatan sama.

Pada bahagian belakang pula, rekaan bumper kini didatangkan dengan reka bentuk lebih ringkas bersama tambahan diffuser dan reflektor yang kini direka melintang pada difuser serta tambahan lip spoiler pada bonet.

 

3

 

Untuk pasaran India, Honda City 2023 ditawarkan dengan 6 warna iaitu Radiant Red Metallic, Platinum White Pearl, Golden Brown Metallic, Meteoroid Grey Metallic dan Lunar Silver Metallic, termasuk warna baharunya Obsidian Blue Pearl.

Pada bahagian dalaman, hampir keseluruhan rekaan kabin mengekalkan rupa yang sama kecuali pada bahagian roda stereng, dimana terdapat sedikit perubahan pada butang volume radio yang kini menggunakan butang jenis putar.

 

4

 

Kemasan dalaman juga ditawarkan dengan warna kuning air dan hitam untuk varian petrol, serta warna ivory dan hitam adalah untuk pilihan hibrid.

Honda City 2023 masih didatangkan dengan paparan meter TFT 7 inci dan skrin infotainment bersaiz 8 inci, yang kini didatangkan dengan fungsi Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar.

 

5

 

Honda juga telah menambah pilihan varian baharu SV sebagai varian kelas permulaan, yang diikuti dengan varian V, VX dan ZX.

Apa yang menariknya, Honda turut menawarkan varian V dengan trenkuasa hibrid bagi menawarkan alternatif kepada varian tertingginya iaitu ZX.

 

7

 

Tiada lagi tawaran enjin Diesel, nampaknya Honda perlu akur dengan undang-undang emisi baharu iaitu Real Driving Emissions (RDE) yang akan dilaksanakan pada 1 April 2023 di India.

Untuk pasaran India, Honda akan menawarkan pilihan enjin 1.5 liter i-VTEC DOHC yang menghasilkan 119 HP dan 145 Nm, varian SV hanya ditawarkan dengan transmisi manual 6 kelajuan.

 

8

 

Manakala varian V, VX dan ZX akan ditawarkan dengan pilihan transmisi automatik CVT.

Bagi menggantikan enjin diesel yang digugurkan, pasaran India akan menerima City dengan trenkuasa hibrid e:HEV.

 

9

 

Varian hibrid itu dikuasakan enjin 1.5 liter kitaran Atkinson i-VTEC DOHC bersama VTC yang menghasilkan 97 HP dan 127 Nm, yang digabungkan dengan motor elektrik menghasilkan 107 HP dan 253 Nm.

Dari segi keselamatan, Honda City 2023 untuk pasaran India sistem bantuan pemandu Honda Sensing yang menampilkan fungsi autonomous emergency braking, lane keep assist, auto high beam, adaptive cruise control dan lead car departure alert

 

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Untuk model City 2023 sedan ini, ia membawakan beberapa perubahan bersifat kosmetik, serta…
Berita Global
Baru-baru ini, satu hantaran video di Youtube oleh Kamal Yadav telah menunjukkan rupa jelas luaran…