Honda City Sedan 2023 facelift – lima varian, tambahan varian petrol RS, dari RM84,900

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan sedan segmen B paling laris terjual, iaitu Honda City 2023 versi facelift.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk model City 2023 sedan ini, ia membawakan beberapa perubahan bersifat kosmetik, serta penambahan varian baharu.
 

city


Antaranya ialah perubahan pada bahagian bampar hadapan di mana bukaan bahagian bawah kini lebih besar, jeriji hadapan rekaan sarang lebah, rekaan bampar belakang yang lebih ringkas bersama tambahan diffuser, skirt sisi, serta emblem RS baharu.

Tidak ketinggalan, keempat-empat sudut dipadankan dengan rim aloi dua tona bersaiz 16 inci rekaan baharu.
 

city


Disebabkan rekaan bampar baharu, dimensi keseluruhan City kini bertambah lebih panjang (4,589 mm), diikuti lebar 1,748 mm dan tinggi 1,467 mm.

Dari segi kuasa, Honda City 2023 boleh didapati dalam dua pilihan trenkuasa:
• Enjin 1.5 liter i-VTEC DOHC berkuasa 120 PS dan 145 Nm
• Enjin hibrid 1.5 liter e:HEV berkuasa 109 PS dan 253 Nm

Kelengkapan keselamatan termaju Honda SENSING yang standard untuk semua varian City telah ditambahbaik dengan dua ciri baharu iaitu Bantuan Mengikut Kelajuan Rendah (LSF) dan Sistem Notifikasi Pergerakan Kenderaan Hadapan (LCDN).
 

city


Untuk ruang kabin, Honda City 2023 masih lagi mengekalkan paparan meter TFT bersaiz tujuh inci, skrin infohibur bersaiz lapan inci, sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, corong pendingin hawa baris kedua, dan brek parkir elektronik untuk varian RS.

Buat pertama kali, Honda menawarkan pilihan enjin petrol untuk varian RS, sementara aplikasi Honda Connect yang ditawarkan secara standard untuk model RS dan e:HEV RS kini tersedia untuk varian S, E dan V sebagai opsyen, dengan harga istimewa RM1,500 yang sah sehingga Januari 2024.
 

city


Untuk pasaran Malaysia, harga jualan sedan Honda City 2023 versi facelift adalah seperti berikut:

Honda City 1.5S - RM84,900
Honda City 1.5E - RM89,900
Honda City 1.5V - RM94,900
Honda City 1.5 RS - RM99,900
Honda City 1.5 e:HEV - RM111,900

Honda menyasarkan angka jualan City Sedan 2023 facelift ini sekitar 2,400 unit sebulan.

 

Honda City Sedan Petrol RS 2023 (facelift)

Berita Berkenaan

Berita Global
Dari segi luaran, versi facelift 2023 itu didatangkan dengan sedikit perubahan, pada bahagian depan…
Berita Global
Baru-baru ini, satu hantaran video di Youtube oleh Kamal Yadav telah menunjukkan rupa jelas luaran…