Honda Civic berenjin tengah V6 untuk dijual dalam Bring A Trailer!

oleh Mohamad Hanif|
Model yang dipaparkan dalam artikel ini sebenarnya merupakan Honda Civic hatchback generasi ketiga yang dihasilkan oleh Honda antara tahun 1983 sehingga tahun 1987, datang dengan konfigurasi enjin hadapan dan pacuan roda hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, anehnya Civic ini, ia kini tidak lagi memiliki enjin pada tempat yang sepatutnya, sebaliknya anda boleh melihat kelibat unit enjin tersebut pada errr.. ruang belakang pemandu!

 


Enjin asal sememangnya telah dibuang daerah, dan digantikan dengan nadi J32A2 bentangan V6 3.2 liter yang diperoleh daripada Acura CL Type S.

Proses penukaran enjin (dan konfigurasi pacuan roda belakang) ini telah dibuat oleh Andy Barcheck dari Bremerton, Washington antara tahun 1987-1992.

 


Untuk memuatkan enjin V6 tersebut, sebuah sub-rangka belakang kustom telah dibangunkan dan dipasangkan kepada ruang khas yang telah ditambah insulasi dan karpet.

Enjin tersebut mengikut standard kilang berupaya menghasilkan 260 hp dan daya kilas 315 Nm, dan dipadankan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan.

 


Memandangkan ruang belakang telah dipenuhi dengan unit enjin, tangki bahan api telah pun dialihkan kepada ruang asal enjin, termasuklah bateri, kotak peralatan dan juga tayar simpanan.

Walaupun Civic MR (mid-engine, rear wheel drive) ini telah pun bertukar pemilik, keadaan Civic ini masih lagi kekal cantik dan menawan walaupun setelah beberapa tahun masa berlalu.

 


Jika anda berminat, laman web Bring A Trailer menyenaraikan harga bidaan yang kini mencecah $35,250 (RM146,834) dan tempoh bidaan akan tamat dalam masa enam hari lagi.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Menyusahkan oranglah engkau ni. Sebab kau bodoh la kau kerja tol. Buka! Buka! Kalau pandai kau tak…
Berita Domestik
Beliau berkata, video tersebut memaparkan sebuah kereta jenis Honda Civic merempuh sebuah motosikal…
Berita Domestik
Beliau berkata, video itu memaparkan seorang anggota polis trafik cuba memberhentikan kereta jenis…