Pemandu tak cukup baki maki hamun jurutol, PDRM nasihat mangsa buat laporan

oleh Penyumbang Rencana|
Gara-gara tersekat kerana kekurangan baki dalam kad tambah nilai, seorang pemandu bertindak memaki-hamun jurutol bagi meluahkan kemarahannya.

Menerusi perkongsian video di laman X oleh seorang individu yang mengakui abang kepada jurutol berkenaan, kedengaran pemandu Honda Civic tersebut mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan sebelum berlalu apabila palang tol dibuka.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

"Menyusahkan oranglah engkau ni. Sebab kau bodoh la kau kerja tol. Buka! Buka! Kalau pandai kau tak kerja tol la," demikian kata pemandu berkenaan.

Bagaimanapun jurutol yang juga adik individu berkenaan hanya membalas makian tersebut dengan nada suara yang tenang.

Menurut individu berkenaan, daripada penceritaan adiknya, kejadian yang berlaku di Tol Segambut, di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) berpunca apabila baki nilai Touch 'n Go (TnG) pemandu tersebut kurang dalam anggaran RM1.50 menyebabkannya tidak dapat melepasi tol.

Ujar adiknya, pemandu tersebut kemudian memberikan wang tunai sebelum ditolak kerana pembayaran hanya diterima melalui kad debit atau Touch n' Go sahaja.

Individu tersebut turut memuat naik klip audio adiknya yang menceritakan semula kejadian berkenaan.

"Tanya dia ada kad kredit tak, dia kata rosak. Minta dia try dulu, masuk lorong tiga. Dia tak sampai dekat lorong tiga tu lagi, dia berhenti lama dan beri double signal.

"Dia datang balik lorong satu, dia nak bagi cash. Dia kata kad bank rosak, kad pengenalan tak bawa. Aku okaylah, masa nak ambil cash tu, dia maki aku.

"Aku tak jawab. Dia cakap kau buat kerja apa, makan gaji buta. Dia cakap aku bodohlah... bila keluarkan telefon nak rakam, barulah dia slow sikit. Sebelum tu lama dah dia maki," demikian cerita jurutol berkenaan, sebagaimana klip audio yang dikongsikan di laman X.

Akaun rasmi @PDRMsia turut memberi maklum balas terhadap perkongsian individu berkenaan.

Sehingga kini hantaran individu berkenaan meraih 3,600 ulang kicau.

Hantaran tersebut turut mendapat perhatian Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang meminta jurutol terbabit segera tampil membuat laporan bagi membolehkan siasatan dilakukan.

"Salam sejahtera. Mangsa diminta untuk tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membuat laporan agar tindakan selanjutnya dapat diambil. Terima kasih," demikian ciapan akaun rasmi @PDRMsia pada ruangan komen.

Sementara itu, netizen turut meluahkan rasa geram dan mengecam pemandu berkenaan selain menggesa tindakan tegas diambil terhadapnya sebagai pengajaran.

"Sabar ya dik. Betullah money can't buy class. Tak kiralah kaya ke tak, even orang tu berduit sikit pun, still can't buy class.

"Ayah sapa ni. Anak-anak tolong nasihat sikit ayah kamu ni.

"Aku kerja tol selalu dah kena gini. Baik sangat adik abang ni. Kalau aku dah angkat palang, aku set semula jatuhkan palang atas kereta dia balik biar puas hati aku," komen netizen.

 

Mstar

Berita Berkenaan

Informasi
Jumaat lalu, air dari Sungai Badak melimpah dan membanjiri jalan utama ke UUM Sintok dan lencongan…
Berita Domestik
Suspek berusia 42 tahun itu melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis sebelum ditahan…
Informasi
Orang ramai juga dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa dan papan tanda amaran banjir yang…