Honda CR-V berkuasa hidrogen muncul 2024, bakal dipasang di kilang NSX

oleh Mohamad Hanif|
Selepas produksi supercar hibrid Acura NSX ditamatkan beberapa minggu yang lalu, fasiliti volum rendah Performance Manufacturing Center di Ohio nampaknya bakal mendapat tugas baharu.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Ini kerana dalam perkembangan terbaharu, Honda dilapor akan melancarkan sebuah model baharu dengan trenkuasa sel bahan api hidrogen menggunakan asas daripada crossover CR-V generasi baharu.

Bukan itu sahaja, ia juga turut didatangkan dengan sistem palam masuk (plug-in) yang membolehkan pemilik mengecas bateri kenderaan mereka dengan jarak gerak yang lebih mesra pemanduan di dalam bandar.
 

fcev


Model SUV baharu itu dijangka mampu membantu Honda dalam mencapai matlamat 100 peratus penjualan kenderaan sifar emisi global menjelang 2040.

Menurut naib presiden perancangan dan strategi auto Honda, Gary Robinson berkata, Honda kini sedang mempercepatkan perancangan untuk menghasilkan bateri EV di Amerika Syarikat.
 

CRV


"Kami juga akan memulakan produksi kenderaan sel bahan api volum rendah di sana untuk meneroka dengan lebih jauh potensi sebenar (model itu) sebagai sebahagian daripada masa depan pengangkutan yang lebih lestari."

Selain Honda, terdapat beberapa pengeluar automotif yang turut mempertimbangkan penggunaan bahan api hidrogen sebagai alternatif kepada bahan bakar konvensional, seperti BMW dan juga rakan teknikalnya Toyota.

Berita Berkenaan

Berita Global
Reka Bentuk dan Keselesaan Dipertingkatkan     Perubahan ketara pada XL750 Transalp kali ini…
Berita Domestik
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Narushi Yazaki, menyatakan bahawa…
Berita Global
Kebanyakan komputer kuantum menghadapi cabaran besar: keadaan kuantum mudah “runtuh” semasa proses…