Honda CR-V e:HEV RS 2024, 2.0L hibrid, 184 PS, 335 Nm, dari RM195,900

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia hari ini mengumumkan harga jualan rasmi bagi model mercu SUV CR-V e:HEV RS, bermula dari RM195,900.00.

Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS dibekalkan dengan trenkuasa hibrid generasi baharu berkapasiti 2.0 liter dengan kuasa setinggi 184 PS dan 335 Nm.
 

CRV


Dipadankan dengan transmisi e-CVT, CR-V e:HV RS menawarkan sehingga tiga mod pemanduan.

Dari segi luaran, CR-V e:HEV RS membawakan ciri seperti unit pencahayaan LED penuh depan dan belakang, lampu isyarat membelok depan jenis sekuential, lampu membelok aktif, kemasan jeriji unik serta rim aloi bersaiz 18 inci berwarna Berlina Black.


 

CRV


Bukan itu sahaja, CR-V e:HEV RS mendapat fungsi Active Shutter Grille yang dapat membantu meningkatkan aspek aerodinamik dan tahap kecekapan bahan api.

Ruang kabin pula menempatkan ciri seperti tempat duduk pemandu berkuasa dengan larasan lapan tahap, skrin paparan TFT 10.2 inci, sistem audio Bose dengan 12 pembesar suara, skrin paparan head up, pengecas peranti tanpa wayar, skrin Advanced Display Audio sembilan inci serta sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

 

CRVB


Ruang kargo menawarkan kapasiti 589 liter, dibantu dengan fungsi bukaan pintu belakang bebas tangan dan fungsi tutup automatik Walkaway Close.

Ciri keselamatan termasuklah lapan beg udara, sistem kamera keliling 360 darjah, Honda LaneWatch, Honda CONNECT, serta sembilan fungsi Honda SENSING.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
CR-V merupakan model paling lama dalam barisan produk Honda Malaysia dan sinonim dengan inovasi,…
Telah Diuji
Walaupun bentuk badan sangat serupa dengan HR-V, di bawahnya e:N1 membawa DNA baru bersama platform…
Pelancaran
HR-V generasi kedua ini mula diperkenalkan untuk pasaran Malaysia pada 2022, di mana versi facelift…