Honda sasar jual 95k unit kenderaan tahun ini; kempen jualan Honda terpakai bulan ini

oleh HEZERI SAMSURI|
Pelancaran dua model baharu adalah antara perancangan strategik Honda untuk mencapai sasaran jualan 95,000 unit untuk tahun ini.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura, tahun 2024 akan terus menjadi tahun yang mencabar untuk industri automotif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang mencapai sasaran 80,000 unit dan kedudukan Honda sebagai jenama kenderaan penumpang bukan nasional nombor satu Malaysia untuk 10 tahun berturut-turut,' ujar beliau.

Kejayaan model-model WR-V, City dan CR-V yang terus kukuh di dalam segmen masing-masing turut memberi keyakinan kepada Honda Malaysia untuk mencapai sasaran jualan mereka tahun ini.Yoshimura juga berkata model-model berteknologi e:HEV yang semakin popular turut menyumbang kepada prestasi jualan yang baik. Sebanyak 28 peratus dari jualan 2023 terdiri dari model-model e:HEV. 

 

Model hibrid e:HEV menggunakan dua motor elektrik yang bukan sahaja membantu mengurangkan penggunaan bahan api dan pencemaran udara, tetapi memberikan nikmat pemanduan yang cukup menyeronokan. Honda membuktikan penggunaan sistem hibrid bukan lagi boleh dikaitkan dengan kenderaan yang membosankan.

Honda juga akan mengembangkan segmen kenderaan terpakai mereka melalui program Honda Certified Used Caar (HCUC) ke 32 hab jualan mereka di seluruh negara.

Satu kempen jualan HCUC bermula dari 16 hingga 18 Mac di semua 32 hab jualan itu akan menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan tawaran rebat sehingga RM1,000.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…
Pelancaran
Ditawarkan dalam empat varian utama, Honda CR-V 2024 boleh didapati dengan dua pilihan trenkuasa,…