Honda, GM jalin kerjasama bangunkan dua model baharu EV

oleh Mohamad Hanif|
Setelah memperlihatkan model kereta elektrik pertama mereka iaitu Honda e, Honda akan meneruskan usaha tersebut dengan menjalin kerjasama bersama General Motors untuk membangunkan dua buah model EV menjelang tahun 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

General Motors akan meminjamkan platform modular kereta elektrik sedia ada serta teknologi bateri Ultium untuk 'dikerjakan' oleh Honda.

Teknologi bateri Ultium dari General Motors yang diumumkan pada bulan lalu menggunakan tindak balas rendah kobalt, dan sel-sel bateri akan disusun sama ada dalam konfigurasi menegak atau melintang untuk mengoptimumkan storan tenaga.

Sementara itu, Honda pula akan memberikan input kejuruteraan terhadap platform GM sebelum diperlukaskan penggunaannya terhadap model yang dibangunkan.

Difahamkan, Honda juga akan bertanggungjawab terhadap rekaan luaran dan dalaman untuk memastikan ia benar-benar konsisten dengan penawaran produk Honda sedia ada.

Kedua-dua model EV ini akan dibina di kilang pembuatan General Motors yang terletak di Amerika Utara.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…