Honda HR-V Mugen baharu dilancar - Terhad 1,020 unit, harga bermula RM118,800!

oleh Afandi Che Muhamad|
Tahun ini sahaja banyak kejutan yang kita dengar daripada Honda Malaysia.

Selepas pengenalan model Honda Odyssey baharu dengan teknologi Honda Sensing 6 Februari lalu, hari ini syarikat berkenaan tampil menerusi pelancaran Honda HR-V Mugen Edisi Terhad pula.

Untuk makluman, model Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) baharu itu hanya dihasilkan sebanyak 1,020 unit sahaja.

Penghasilan HR-V Mugen dilakukan selepas mengambil kira maklum balas pelanggan yang rata-ratanya mahukan HR-V lebih sporty.

Melihatkan nama dan mekap gaya Honda HR-V Mugen ini, umum mengetahui ia dipasangkan dengan kit badan istimewa lengkap aksesori buatan Mugen (penala rasmi Honda).

Mengulas lanjut mengenai ciri menarik Honda HR-V Mugen ini, kit badan SUV berkenaan didatangkan dengan sembilan aksesori termasuk spoiler depan belakang (bahagian bawah), gril baharu, skirt sisi, spoiler pintu (tailgate), pelekat khas Mugen dan emblem Mugen.

Jadi kepada mereka yang inginkan kit badan Mugen untuk HR-V, anda harus membeli SUV baharu ini kerana kit badan berkenaan tidak dijual berasingan.

Spesifikasi lain masih kekal sama seperti model HR-V biasa, ia masih digerakkan nadi enjin 1.8 liter i-VTEC SOHC dengan teknologi Earth Dreams Honda.

Sebagai permulaan, Honda Malaysia menawarkan dua warna untuk pilihan pengguna seperti merah (Dark Ruby Red Pearl) dan putih (White Orchid Pearl).

Harus diketahui, pengguna perlu membayar wang yang lebih sebanyak RM300 bagi mendapatkan warna putih.

Tag harga jualan asas yang diletakkan bagi model HR-V Mugen ini berjumlah RM118,88 seunit. Harga runcit itu tidak termasuk insurans, cukai jalan dan nombor pendaftaran.

Harga itu RM1,800 lebih mahal berbanding Honda HR-V standard.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…