Honda Jazz 2020 dengan kit Modulo X - wau!

oleh Mohamad Hanif|
Menjelang sebuah lagi acara yang sinonim dengan Jepun, iaitu Tokyo Auto Salon 2020 yang bakal menjelang, Honda mengambil kesempatan mengumumkan pendekatan yang berbeza berbanding pengumuman terdahulu (Honda S2000 20th Anniversary).

Jika model Honda S2000 20th Anniversary dan Honda Civic Cyber Night Japan Cruiser dibawakan oleh Honda Access, Honda sendiri akan membawakan Jazz/Fit yang didatangkan dengan kit badan Modulo X. 

 


Tiada sebarang butiran lanjut diberikan, namun berdasarkan gambar yang dibekalkan, kit badan Modulo X ternyata berjaya menjadikan Jazz/Fit baharu lebih kacak dan tidak lagi feminin. 

Ini disumbangkan oleh penggunaan front fascia yang lebih agresif, gril utama sarang lebah Modulo X dan rekaan gril bawah yang lebih lebar. 

Jazz/Fit Modulo ini turut dipasang rim aloi berwarna hitam, perumah cermin sisi yang diwarnakan hitam, spoiler bumbung yang lebih besar dimensinya, lampu belakang yang diberikan efek asap dan diakhiri dengan pemakaian bumper belakang yang telah direka semula. 
 


Selain daripada Jazz/Fit Modulo X, Honda bakal membawakan Honda Freed Modulo X Concept yang turut menampilkan kemasan yang serupa seperti bumper hadapan yang agresif, skirt sisi, rim kustom serta pemakaian spoiler bumbung. 

Antara yang bakal dipamerkan pada booth Honda di Tokyo Auto Salon termasuklah Honda Vezel Modulo X, Civic 2020 (sedan dan hatchback), Honda S660 2020, serta Honda NSX yang dilayangkan warna Indy Yellow Pearl. 

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Hot hatch ini diperlihatkan secara rasmi bersempena dengan Tokyo Auto Salon 2020 yang bermula pada…
Berita Global
Hadiah tersebut berupa model berskala yang diproduksikan oleh Tomica, iaitu sebuah model replika…
Berita Global
Selain daripada projek Nissan GT-R Convertible dan Toyota GT86 Sedan yang kami siarkan sebelum ini…