Honda Jazz Sport Hibrid i-DCD kini tiba

oleh |
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tahukah anda bahawa Malaysia merupakan satu-satunya negara di luar Jepun untuk menawarkan Honda Sport Hibrid i-DCD?

Jazz hibrid serba baharu ini akan membuat penampilan pertama di acara Carlist.my MAA Drive, Test & Buy yang akan berlangsung pada 13 -14 th Mei 2017 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, Selagor.

Jazz baharu kini boleh ditempah di semua 90 pengedar Honda di seluruh negara. Kedua-dua model petrol dan Sports Hybrid dijangka memasuki pasaran Malaysia dalam suku kedua 2017 dengan varian Sport Hibrid varian sedia untuk penghantaran kepada pelanggan mulai suku ketiga 2017.
The New Jazz is poised to continue raising the bar for the hatchback segment with more value added features
Sejak diperkenalkan pada tahun 2003, lebih 77,700 unit Jazz telah terjual di Malaysia. 60% daripadanya merupakan Jazz Generasi Ketiga semasa diperkenalkan pada tahun 2014, iaitu model hatchback yang terbaik dalam segmen tersebut. Bagi Januari - April 2017, Jazz telah menyumbang 13% daripada jumlah jualan yang dicapai Honda Malaysia, dengan lebih daripada 4,400 unit yang dijual, bagi mengekalkan kedudukan No. 1 dalam segmennya.

Honda Malaysia telah merintis industri automotif Malaysia dengan pengenalan teknologi hibrid kepada rakyat Malaysia dalam tahun 2004. Satu lagi pencapaian mereka adalah dengan menjadi pengeluar pertama di Malaysia dan negara ketiga selepas Jepun dan Amerika Syarikat untuk mengeluarkan kenderaan hibrid pemasangan tempatan dalam tahun 2012.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Pada tahun 2014, Honda Malaysia telah menjadi perintis dalam memperkenalkan teknologi hibrid…
Berita Domestik
Pada tahun ini Honda Malaysia telah melancarkan lima buah model yang kesemuanya mendapat sambutan…
Berita Domestik
Selain daripada melancarkan Honda Jazz rupa baharu, Honda Malaysia turut melancarkan model baharu…