Honda kemaskini trio 500 cc: CBR500R, CB500 Hornet, NX500 2024

oleh Mohamad Hanif|
Honda nampaknya telah mengemaskini penawaran motosikal kelas pertengahan (500cc) dengan membawakan perubahan besar dari segi nama yang digunakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kecuali sportsbike Honda CBR500R yang masih lagi kekal dengan nama lama, Honda telah menjenamakan semula model CB500F kepada CB500 Hornet, dan CB500X dengan nama baharu NX500.

 

Honda NX500 2024

nx


Nama baharu bagi model CB500X ini merupakan satu rujukan kepada model lama NX650 Dominator yang telah dijual dari tahun 1988 hingga 2003.

Biarpun dengan nama baharu, NX500 tidak membawakan perubahan besar dari segi teknikal.

Ia masih lagi mengekalkan enjin parallel-twin 471 cc yang mampu menghasilkan 47 hp, namun dengan talaan kepada ECU bagi respons yang lebih baik, serta penambahan kawalan cengkaman HSTC.

Namun, dari segi kosmetik, Honda NX500 mendapat roda baharu yang lebih ringan, unit lampu LED, diikuti dengan tetapan berbeza untuk fork hadapan Showa 41 mm.

Terdapat juga skrin TFT bersaiz lima inci yang boleh dipaut pada peranti pintar menerusi aplikasi RoadSync.


Honda CB500 Hornet 2024

CB500


Pengganti kepada CB500F ini membawakan nama baharu, selari dengan perubahan yang dibawakan pada CB750 Hornet dan CB1000 Hornet yang turut dipamerkan pada acara EICMA.

Sama seperti NX500, CB500 Hornet ini turut membawakan skrin paparan TFT, sokongan sambungan peranti pintar, unit lampu LED baharu, serta enjin 471 cc yang diberikan talaan ECU dan fungsi HSTC.

 

Honda CBR500R 2024

CBR500R


Satu-satunya model yang masih mengekalkan nama lama, dan spesifikasi yang masih lagi sama seperti model terdahulu.

Naik taraf yang dibawakan termasuklah enjin 471 cc berkuasa 47 hp yang mendapat talaan ECU dan sistem kawalan cengkaman HSTC yang disebutkan tadi, serta fork SFF-BP Showa.

Perubahan yang besar boleh didapati dari segi rekaan, di mana CBR500R telah mendapat komponen reraup yang diinspirasikan daripada CBR1000RR-R, termasuklah sepasang unit lampu utama baharu.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…