Honda lancar skuter elektrik U-Go, basikal elektrik U-Be di China

oleh Mohamad Hanif|
Honda baru-baru ini melancarkan dua buah skuter elektrik untuk pasaran China yang sudah tersedia padat, iaitu skuter elektrik U-Go dan skuter boleh kayuh U-Be.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Honda U-Go merupakan skuter yang didatangkan dalam dua talaan kuasa yang berbeza, iaitu 1.6 hp dengan kelajuan maksimum 43 km/j, serta versi 2.4 hp dengan kelajuan maksimum 53 km/j.
 

U-Go


Kapasiti bateri pula adalah sebesar 30 Ah yang mampu membenarkan pergerakan sehingga 65 km, dan binaan bateri ini boleh dicabut untuk pengecasan dan digantikan dengan unit bateri kedua.

Untuk kemudahan, U-Go didatangkan dengan ruang simpanan di bawah tempat duduk, skrin paparan LCD yang ringkas, dan mudah dikendalikan dengan berat sekitar 83 kg sahaja.

 


Sementara skuter Honda U-Be pula merupakan sebuah basikal elektrik yang boleh dikayuh (menurut laman web Wuyang-Honda), dengan bentuk yang hampir serupa dengan skuter U-Go itu tadi.

Diposisikan di bawah U-Go, U-Be didatangkan dalam tiga versi kapasiti bateri yang diletakkan di bawah tempat duduk, iaitu 15 Ah, 20 Ah dan 24 Ah di mana kelajuan tertinggi hanya dihadkan sekitar 25 km/j sahaja.
 

U-Be


Ia juga didatangkan dengan paparan LCD yang menunjukkan bacaan penting skuter, serta tempat duduk setinggi 740 mm yang sesuai digunakan oleh pelbagai golongan.

Harga jualan Honda U-Go bermula dari 7,449 yuan hingga 7,999 yuan (RM4,893-RM5,220) manakala Honda U-Be bermula dari 3,099 yuan hingga 3,750 yuan (RM2,024-RM2,449).

Sumber: Paultan BM 1, 2

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik…
Informasi
"Empat skuter elektrik diserahkan untuk kegunaan pasukan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2,…
Berita Global
Mengikut spesifikasi, Lambretta Elettra 2024 ini datang dengan motor elektrik tunggal berkuasa 15…