Honda Malaysia lancar program perlindungan pembiayaan kenderaan 12 bulan

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia baru-baru ini melancarkan dua program menarik yang telah disusun khusus untuk para pelanggan, salah satu daripadanya merupakan Program Perlindungan Pembiayaan Pinjaman Kenderaan Pelanggan buat para pelanggan baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Program perlindungan pembiayaan pinjaman kenderaan pelangggan ditawarkan kepada semua pelanggan baharu Honda bermula 1 Oktober hingga 31 Disember, di mana mereka layak mendapat perlindungan pembiayaan selama satu tahun sekiranya kehilangan sumber pencarian pada tahun pertama pemilikan.

Menurut Honda, subsidi pinjaman bernilai RM12,000 akan dihulurkan kepada pelanggan untuk melakukan pembayaran ansuran bulanan, di mana ia merupakan peningkatan 100 peratus jika dibandingkan dengan perlindungan insurans terdahulu.

Selain daripada itu, program ini juga turut merangkumi perlindungan terhadap kematian atau kecacatan kekal bernilai RM20,000, perlindungan pengebumian bernilai RM2,000 serta perbelanjaan penghantaran semula (Repatriation Expenses) bernilai RM5,000.

Menurut Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Madoka Chujo menjelaskan, "dengan memperkenalkan program seumpama ini, kami berazam untuk membantu para pelanggan kami dengan menawarkan sokongan kewangan bagi meringankan beban bulanan sekiranya berada dalam situasi yang tidak dijangka.
 

 

Honda


Selain daripada program perlindungan pembiayaan, Honda Malaysia juga turut memperkenalkan program baharu yang dinamakan sebagai Vaccinated Customer Program.

Menerusi program kedua ini, para pelanggan boleh mendapatkan servis baucer bernilai RM250 dengan tempoh sah satu tahun sekiranya mereka berdaftar di bawah program vaksinasi nasional, atau telah menerima pengesahan vaksinasi dan temujanji, atau telah lengkap vaksin sepenuhnya atau dos pertama.

Paling penting, pelanggan perlu menunjukkan bukti penyertaan mereka di dalam program vaksinasi menerusi aplikasi MySejahtera.

Pelanggan dikehendaki melengkapkan pendaftaran kenderaan baharu sepanjang tempoh 1 Oktober hingga 31 Disember 2021.

Honda Malaysia sebelum ini telah mengumumkan pembukaan semula operasi di bawah Pelan Pemulihan Negara dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…