Honda Odyssey 2020 facelift hadir dengan pintu gelongsor guna kawalan gerak isyarat

oleh Mohamad Hanif|
Generasi kelima MPV Honda Odyssey telah pun wujud di pasaran semenjak tahun 2013 di mana versi facelift yang pertama telah pun wujud di pasaran pada tahun 2017.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Untuk memastikan model tersebut lebih malar segar, Honda telah memberikan versi facelift yang kedua untuk tahun 2020 dengan membawakan beberapa perubahan dari sudut kosmetik dan juga ciri menarik.

Dari segi luaran, Honda telah menggantikan rekaan gril menegak dengan rekaan gril melintang berbentuk heksagon, dihiasi dengan bar krom yang agak tebal di bahagian atas.

Lampu utama di bahagian hadapan juga telah diberikan nafas baharu dengan rupa yang menyamai apa yang terdapat pada model Civic dan juga Accord, diikuti dengan lampu nyalaan siang LED pada bahagian bumper bawah.


Antara ciri menarik yang didatangkan adalah bukaan pintu gelongsor yang boleh diaktifkan dengan menggunakan kawalan gerak isyarat tanpa perlu menekan butang fungsi atau menarik pemegang pintu.

Menurut Honda, apabila seseorang menghampiri kenderaan, sebuah garis lampu berwarna biru akan menyala, dan anda hanya perlu 'melambai' tangan pada garisan tersebut untuk membuka pintu.

 


Memasuki ruang kabin, papan pemuka Honda Odyssey juga turut mendapat rekaan baharu dengan kehadiran skrin infotainmen bersaiz 10 inci, corong pendingin hawa yang lebih tipis, dan rekaan roda stereng serba baharu seperti yang terdapat pada City.

Dari segi trenkuasa, tiada sebarang informasi lanjut diberikan, namun menyatakan Odyssey bakal dilengkapkan dengan sistem i-MMD, atau e:HEV, juga seperti yang terdapat pada Honda Jazz dan City RS generasi baharu untuk pasaran Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Terbaru Honda memperkenalkan Odyssey model tahun (MY) 2025 untuk pasaran Amerika Syarikat (AS…
Berita Global
Sebagai sebuah model e:HEV, Odyssey dibekalkan enjin 2.0 liter i-VTEC dengan dua motor hibrid dan…
Berita Global
Penawaran tersebut merangkumi jeriji hadapan krom hitam dan hitam Berlina yang menjadikan…