Honda yang kita ketahui turut menghasilkan produk pemotongan rumput, dan Honda Grass Miimo merupakan sebuah robot pemotong rumput yang baharu sahaja diperkenalkan oleh Honda.
Ia memiliki berkeupayaan untuk bekerja pada kawasan seluas 4,000 meter persegi, sesuai untuk kegunaan kebun dan juga ladang kecil.
Dengan adanya Grass Miimo, tugas-tugas memotong rumput kini boleh dilakukan dengan lebih mudah, ini kerana ia berkeupayaan untuk mengesan dan mengelak halangan (macam robot vakuum!), serta beroperasi dalam kawasan yang telah ditetapkan terlebih dahulu.
Sistem komputer Grass Miimo juga boleh mengarahkannya untuk kembali ke tempat pengecasan sekiranya bateri sudah semakin lemah - sama seperti fungsi yang terdapat pada sesetengah kereta EV dan PHEV.
Grass Miimo mempunyai beberapa kelemahan seperti tidak dapat beroperasi dalam keadaan panjang rumput melebihi 10 cm dan sudut cerun yang melebihi 25 darjah.