Honda perlihat enjin parallel-twin 755 cc untuk model Hornet, 90.5 hp, 75 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Honda baru-baru ini memperlihatkan sebuah enjin baharu yang bakal digunakan untuk model streetfighter Hornet 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Enjin parallel-twin bersesaran 755 cc serba baharu dengan 8 injap Unicam dan sistem aci engkol 270 darjah ini dikatakan lebih berkuasa berbanding enjin 745 cc (X-ADV, Forza 750, NC750X), dengan angka output 92 hp @ 9.500 rpm dan 75 Nm @ 7,250 rpm.

Pembangunan model Hornet ini diketuai oleh Fuyuki Hosokawa, insan yang sebelum ini turut sama bertanggungjawab terhadap projek CBR1000RR-R Fireblade.

 


"Hornet merupakan satu model motosikal khas buat Honda. Sebelum kami memulakan projek ini, kami berfikir panjang berkenaan apakah jenis prestasi yang mahu kami berikan kepada penunggang.

Jelasnya lagi, "untuk mendapatkan tahap prestasi dan pengendalian ringan yang kami mahukan, kami tahu kami perlu menghasilkan enjin baharu dua silinder lejang pendek, dengan aci engkol 270°. Ia bukan sahaja mampu menawarkan kuasa tinggi, malah daya kilas sporti yang ideal untuk tunggangan urban atau keluar dari selekoh di jalan terbuka.

Walaupun fokus Honda tertumpu kepada model Hornet, enjin baharu ini juga dijangka akan ditawarkan pada model XL750 Transalp.

Model baharu ini dijangka akan diperlihatkan secara rasmi di Intermot pada bulan Oktober, diikuti model Transalp di EICMA pada November nanti.

Sumber: Motorcycle.com

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…