Honda pesan supaya jangan pandu kereta lama dengan isu recall beg udara Takata

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Honda dan Acura telah mengarahkan lebih 8,000 unit pemilik kereta yang dibuat antara tahun 2001 hingga 2003 untuk berhenti memandu kereta masing-masing sehingga mereka menggantikan beg udara Takata.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ianya sebagai sebahagian dari kempen global untuk menggantikan berjuta-juta inflator yang berisiko untuk meletup dan membunuh.

Honda berkata, inflator Takata generasi "Alpha" boleh berlaku kerosakan dengan risiko untuk rosak sehingga 50%, dimana ianya akan menyebabkan kecederaan yang membawa maut akibat serpihan ketika pelanggaran.

2

Antara model Honda dan Acura dengan generasi "Alpha" beg udara Takata ialah:

  • 2001-2002 Honda Accord
  • 2001-2002 Honda Civic
  • 2002 Honda CR-V
  • 2002 Honda Odyssey
  • 2003 Honda Pilot
  • 2002-2003 Acura 3.2 TL
  • 2003 Acura 3.2CL

Menurut pengumuman Honda, "Kira-kira 8,200 kenderaan Honda dan Acura dengan beg udara paling berbahaya masih dipandu hari ini."

"Honda telah menggantikan atau menyumbang lebih daripada 99% daripada inflator Alpha, tetapi adalah sangat kritikal bahawa pemilik kenderaan yang tinggal ini bertindak sekarang untuk melindungi diri mereka dan orang yang mereka sayangi."

"Kenderaan ini berusia 20 hingga 22 tahun sekarang, dan risiko kepada pemandu dan penumpang kenderaan sangat teruk. Beg udara Alpha adalah antara yang tertua dalam proses recall, dan ia mempunyai kadar kegagalan 50%."

 

3

 

"Jika inflator pecah, serpihan logam terbang ke arah muka pemandu boleh membunuh atau meninggalkan mereka dengan kecederaan yang dahsyat dan mengubah kehidupan."

Kempen recall yang melibatkan isu beg udara Takata itu telah dilakukan selama lebih sedekad untuk menggantikan berjuta-juta inflator, yang telah mengakibatkan kecederaan dan kematian.

Di Malaysia juga telah dilakukan kempen recall yang melibatkan isu beg udara Takata, kos bagi pembaikan dan penggantian juga adalah percuma.

 

Sumber: autoblog

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…