Honda RS-X 2024 kini dengan empat warna baharu, dari RM9,798

oleh Mohamad Hanif|
RS-X Mat Charcoal Gray Metallic (Gold)
Boon Siew Honda hari ini mengumumkan penawaran warna baharu untuk model motosikal Honda RS-X 2024.

Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Warna yang dimaksudkan itu ialah Mat Charcoal Grey Metallic/Gold, Candy Scintillate Red, Force Silver Metallic/Red dan Force Silver Metallic/Blue.

Menurut Boon Siew Honda, RS-X berwarna Mat Charcoal Grey Metallic/Gold itu boleh didapati terlebih dahulu di semua pengedar sah pada 4 Januari 2024 dengan harga bermula dari RM9,848.

 

 

Candy Scintillate Red
Force Silver Metallic (Blue)
Force Silver Metallic (Red)


Sementara tiga lagi warna boleh didapati bermula 18 Januari 2024 dengan harga jualan yang disyorkan RM9,798, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

Spesifikasi asas Honda RS-X masih lagi kekal tidak berubah, di mana ia dikuasakan enjin silinder tunggal 150 cc dengan kuasa 15.8 hp @ 9,000 rpm dan daya kilas 13.6 Nm @ 7,000 rpm.

Ciri lain termasuklah unit pencahayaan LED penuh, skrin paparan digital, serta tidak ketinggalan sistem brek anti-kunci (ABS) saluran tunggal.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Honda BeAT 2024 tampil dengan kemaskini luaran baharu yang merangkumi panel badan, lampu LED depan…
Informasi
Honda Vario 160 masih mengekalkan enjin yang sama iaitu enjin satu silinder 157cc penyejuk cecair…
Pelancaran Motosikal
CRF250 menggunakan nadi enjin 250cc DOHC empat lejang penyejuk cecair yang memberi kuasa output…