Honda Super Cub C125 2021, 'tenang is good!'

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Super Cub C125 Pearl Niltaba Blue
Honda Super Cub C125 Pearl Niltaba Blue
Bagi penulis inilah karya agung (masterpiece) dari Honda, kapcai Super Cub dengan sejarah dari tahun 1958 dan telah terjual melebihi 100 juta unit di serata dunia.

Pengeluar kenderaan pada hari ini bercakap tentang mobiliti dan Super Cub adalah simbol kepada pengangkutan rakyat sejak berpuluh tahun dahulu.

Super Cub juga adalah kenderaan yang menjadi objek kepada pembangunan sosioekenomi rakyat dalam mengubah kepada kehidupan lebih baik.

Sejak Super Cub diperkenalkan pada tahun 1958, kapcai buatan Honda telah mengalami pelbagai evolusi dan revolusi seiring peredaran zaman dan perubahan citarasa.

Walaupun begitu, Honda masih mengekalkan bentuk klasik dan boleh dilihat pada Super Cub C125 yang diperkenalkan pada tahun 2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda Super Cub C125 Pearl Niltaba Blue

 

Model baharu itu turut dijual di Amerika Syarikat, Eropah, Australia termasuk di negara kita.

Cumanya, model ini tidak berada di dalam segmen marhaen apabila harganya melebihi RM14,000.

Terbaru Honda memperkenalkan Super Cub C125 di Jepun dengan perubahan pada kuasa enjin dan lebih penjimatan bahan api.

Enjin JA58E 123 cc yang digunakan mempunyai ukuran lejang lebih panjang dan nisbah mampatan lebih tinggi.

Ukuran baharu ialah 50.0 mm x 63.1 mm (diameter x lejang/stroke) berbanding 52.4 mm x 57.9 mm pada model 2018.

Nisbah mampatan pula ditingkatkan kepada 10:1 berbanding 9.3:1 pada model terdahulu.

 

Honda Super Cub C125 grip heater

 

Kuasa meningkat sedikit dari 9.7 ps pada 7,500 rpm kepada 9.8 ps pada 7,500 rpm.

Daya kilas pula kekal dengan 10 Nm tetapi berbeza pada putaran enjin 7,500 rpm untuk model baharu berbanding 5,000 rpm pada model terdahulu.

Selain itu, brek Super Cub C125 2021 kini standard dengan sistem ABS 1 Channel untuk pemberhentian lebih selamat dan meyakinkan.

Satu lagi ciri menarik ialah barangan aksesori tulen iaitu pemegang pendikit (grip) dengan fungsi pemanas dan tempat duduk belakang berwarna merah dan kelabu.

Warna pula ada dua pilihan iaitu Pearl Niltaba Blue dan Pearl Nebula Red. 

 

Honda Super Cub C125 pillion seat

 

Honda mensasarkan untuk menjual 2,500 unit setahun di Jepun dan bagaimana pula harga di sana?

Super Cub C125 dari kilang Honda Thailand ini dijual pada 440,000 yen (RM16,655) dan sedikit tinggi berbanding model 2018 yang berharga 399,600 yen.

Dengan harga begini di Jepun, adalah mustahil untuk ianya dijual murah seperti dahulu.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Honda Super Cub C125 Pearl Nebula Red

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Jika ada yang terpesona dengan warna Nardo Grey, ketahuilah bahawa puluhan tahun dulu Honda…
Berita Global
Honda Super Cub C125 pasaran Jepun   Sebelum AS, Super Cub dengan kuasa lebih tinggi…