Menerusi syarikat Honda Aircraft Company, Honda baru-baru ini mengumumkan pengedaran pesawat HondaJet yang ke-250, sembilan tahun sejak penghantaran pertama dibuat pada tahun 2015.
Untuk makluman, sejak HondaJet menerima persijilan daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) pada tahun yang sama, ia telah menjadi pengubah permainan (game-changer) di dalam kelasnya.
Sehingga kini, pesawat itu memegang 14 jenis persijilan dari seluruh dunia.
HondaJet yang diperkenalkan pada tahun 2015 itu telah dikemaskini menjadi HondaJet Elite pada tahun 2018, Elite S pada tahun 2021 dan yang terbaharu Elite II pada tahun 2022.
Dengan kelebihan seperti penggunaan bahan api yang sangat cekap dan boleh terbang paling jauh di dalam kelasnya, tidak menghairankan apabila jumlah pengedaran pesawat tersebut kian meningkat.
Bukan itu sahaja, sehingga kini HondaJet telah mengumpulkan lebih 210,000 jam penerbangan di peringkat global, dengan tahap kebolehpercayaan operasi mencecah 99.7 peratus!
Mengukuhkan lagi kedudukan HondaJet ialah ketersediaan jaringan sokongan dan servis selepas jualan yang boleh didapati di Amerika, Asia dan juga Eropah.
Tidak terhenti setakat itu, Honda Aircraft turut mengumumkan pembangunan pesawat ringan kelas perniagaan generasi baharu yang digelar sebagai HondaJet Echelon.
Dengan adanya Echelon, Honda Aircraft menyasarkan untuk meningkatkan lagi tahap kecekapan kepada satu tahap yang lebih tinggi, selain menawarkan keselesaan dan kemudahan yang lebih premium.
Baca: Pesawat ringan HondaJet laris terjual untuk empat tahun berturut-turut
Baca: HondaJet Elite S
Baca: HondaJet 2600
Baca: HondaJet Elite II
Baca: Nak cari pesawat HondaJet terpakai?