Sistem penjanaan tersebut terdiri daripada sebuah bas berkuasa sel bahan api yang mampu membawa muatan hidrogen bertekanan tinggi, peranti output kuasa serta pek bateri mudah alih.
Inisatif yang dinamakan sebagai 'Moving e' ini mampu menyalurkan tenaga elektrik pada bila-bila masa di mana jua, terutama di tempat yang keputusan bekalan akibat bencana alam.
Bas Moving e ini dibangunkan berdasarkan Toyota FC Bus yang dilengkapi tangki bahan api hidrogen bertekanan tinggi dan mampu menjana kuasa setinggi 454 kWh dengan output maksimum 18 kW.
Bas tersebut bukan sahaja mampu menjadi stesen penjanaan kuasa, malah ia boleh menyediakan ruang rehat serta mod pengangkutan untuk membawa keluar mangsa dari kawasan yang ditimpa bencana.
Manakala Honda pula menyumbang peranti output kuasa Power Exporter 9000 mudah alih, bateri mudah alih Lib-AID E500 dan Honda Mobile Power Pack.