Sebaliknya, Honda menerusi kerjasama dengan GM mengumumkan model SUV baharu yang dibangunkan atas pelantar Ultium GM yang dinamakan sebagai Prologue.
Difahamkan, SUV EV pertama itu bakal mula dijual seawal tahun 2024 dengan pakej yang boleh diharapkan daripada sebuah Honda, dan naib presiden eksekutif Honda US Dave Gardner menambah, "ia bakal melambangkan peranan yang akan dimainkan dalam menerajui masa hadapan sifar emisi.
Selain kerjasama dengan GM, Honda juga turut membangunkan platform EV yang tersendiri digelar sebagai 'e:Architecture' di mana Amerika Syarikat bakal menjadi pasaran pertama penjualan sebelum diperluaskan kepada pasaran lain.