Satu divisyen baharu akan ditubuhkan di bawah nama Electrification Business Development Operations, di mana bahagian ini akan menyatukan pembangunan kenderaan elektrik dari bidang automotif, motosikal dan powersports.
Dengan jumlah pelaburan bernilai ¥5 trilion (RM164 bilion), dunia bakal diperlihatkan dengan 30 buah EV Honda menjelang 2030, termasuklah dua yang dibangunkan bersama GM untuk pasaran Amerika Syarikat pada tahun 2024 dan 10 EV baharu untuk pasaran China menjelang 2027.

Honda juga merancang untuk membangunkan platform EV Honda e:Architecture yang akan mula digunakan pada tahun 2026, dengan sasaran pengeluara EV sehingga 2 juta unit setahun menjelang 2030.
Selain daripada itu, Honda kini menyatukan operasi serantau globalnya.
Pengeluar itu kini mempunyai tiga wilayah utama, iaitu Amerika Utara, China, dan wilayah ketiga yang menggabungkan pasaran Jepun, Asia & Oceania, Amerika Selatan, Eropah, Afrika dan Timur Tengah.
Ini bermakna, strategi elektrifikasi yang dijalankan akan bergantung kepada wilayah yang telah ditetapkan dan setiap satu wilayah itu akan mendapat model yang tersendiri.