Honda umum perancangan lancar 10 motosikal elektrik menjelang 2025

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada memperkenalkan barisan kenderaan elektrik pada masa akan datang, Honda menerusi perniagaan motosikal mereka turut mengumumkan perancangan untuk membawakan model-model baharu motosikal berkuasa elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan laporan VisorDown, Honda bakal melancarkan sehingga 10 buah motosikal elektrik menjelang tahun 2025, termasuk empat model yang diklasifikasikan sebagai Fun EV.
 

Fun


Difahamkan, tiga model Fun EV dikhususkan untuk golongan dewasa manakala sebuah lagi akan dilancarkan untuk kegunaan kanak-kanak menjelang tahun 2024 atau 2025 yang disasarkan untuk pasaran Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah.

Honda juga akan melancarkan lima buah model elektrik di dalam kategori Commuter EMs/EBs untuk pasaran China, Asia, Eropah dan juga Jepun menjelang tahun yang sama, terdiri daripada basikal elektrik dan juga moped elektrik.
 

HONDA


Dalam pada itu, Honda kini sedang membangunkan teknologi bateri jenis pejal (solid-state), selain mengesahkan usaha penyelarasan piawaian bateri yang telah dibuat bersama rakan-rakan Jepunnya Suzuki, Yamaha dan Kawasaki.

Sebelum ini, Honda telah mengumumkan perancangan untuk memulakan perkhidmatan perkongsian/penukaran bateri untuk teksi elektrik di pasaran India, selain memperluaskan penawaran tersebut di Bali, Indonesia.
 

Honda


Selain daripada itu, Honda juga akan membangunkan motosikal dengan bahan api neutral karbon seperti gasolin-ethanol untuk pasaran India dalam bentuk E20 pada tahun 2023, dan E100 menjelang tahun 2025.

Honda menyasarkan penjualan motosikal elektrik sebanyak satu juta unit menjelang tahun 2027, dan mencecah 3.5 juta menjelang tahun 2030.
 

Honda


Sumber: VisorDown

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…