Saiz kompak WR-V meletakkannya di bawah HR-V dari segi saiz dan harga, jika dibawa masuk ke Malaysia, WR-V akan menjadi seteru kepada Perodua Ativa.

Untuk ujian penilaian ASEAN NCAP, Honda WR-V telah memberikan prestasi yang amat baik dengan mencatatkan skor keseluruhan sebanyak 77.07 mata, dimana ia dilengkapi 4 beg udara standard untuk semua varian,
Di bawah protokol penilaian ASEAN NCAP 2021-2025, kereta akan diuji berdasarkan 4 kategori iaitu Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP), Bantuan Keselamatan (SA) dan Keselamatan Penunggang Motosikal (MS).

Antara ciri bantuan keselamatan yang didatangkan standard pada WR-V ialah Electronic Stability Control (ESC), Anti-lock Braking System (ABS) dan Seatbelt Reminder System (SBR) dan teknologi Perlindungan Pejalan Kaki.
WR-V juga ditawarkan dengan ciri tambahan seperti Autonomous Emergency Braking (AEB) City, AEB Inter-Urban, AEB Pejalan Kaki, Forward Collision Warning (FCW), Lane Keep Assist (LKA), Lane Departure Warning (LDW) dan Child Presence Detection (CPD).

Berikut merupakan kategori markah yang diterima Honda WR-V :
- Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) - 34.26 mata dari 40 mata keseluruhan
- Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) - 16.78 mata dari 20 mata keseluruhan
- Bantuan Keselamatan (SA) - 15.58 mata dari 20 mata keseluruhan
- Keselamatan Penunggang Motosikal (MS) - 10.45 mata 20 mata keseluruhan
WR-V memperoleh skor keseluruhan sebanyak 77.07 mata, melayakkannya menerima penarafan 5 bintang ASEAN NCAP.
Sumber: ASEAN NCAP