HR-V kini peneraju segmen SUV kompak Malaysia!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Honda Malaysia mengumumkan bahawa model crossover HR-V serba baharu telah menerima tempahan sebanyak 8,500 unit sehingga kini. 

Sejak pelancaran rasmi pada Januari 2019, Honda Malaysia sudah pun mencapai target tiga bulan penjualan dalam masa satu bulan sahaja, dengan angka menghampiri 4,000 tempahan. 

Honda HR-V juga kini mendominasi 87% pegangan pasaran segmen SUV kompak pada Januari 2019 dan kekal berada di tangga teratas selaku pendahulu. 

Lembah Klang merupakan antara penyumbang jualan tertinggi sebanyak 47%, menunjukkan HR-V terbukti sesuai untuk digunakan di dalam pemanduan bandar. 

Manakala Wilayah Selatan pula mencatatkan jualan 18% diikuti oleh Wilayah Utara. 

Warna Passion Red Pearl merupakan antara warna baharu yang ditawarkan oleh Honda Malaysia dan nampaknya ia menjadi kegemaran di kalangan rakyat Malaysia, mewakili 28% daripada jumlah keseluruhan jualan HR-V serba baharu. 
 


Honda HR-V baharu kini didatangkan dalam empat varian utama iaitu RS, V, E dan juga versi Sports Hybrid i-DCD. 

Malaysia kini merupakan satu-satunya negara selain daripada Jepun yang menawarkan HR-V Sports Hybrid i-DCD, dikuasakan oleh gandingan enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC dan motor elektrik yang menyamai kuasa enjin 2.0 liter serta transmisi 7 nisbah kelajuan klac berkembar. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jelasnya, pemeriksaan yang teliti terhadap keretanya telah dilakukan dan pihak Honda mendapati…
Berita Global
Menurut Consumer Reports, kempen panggil semula perlu dibuat disebabkan oleh risiko keselamatan…
Berita Domestik
Menurut perkongsian Noriya di Facebook, kereta yang diterimanya pada 26 Ogos 2023 mula mengalami…