Ratusan pemilik HR-V merungut tingkap belakang mudah pecah semasa musim sejuk

oleh Mohamad Hanif|
Lebih daripada 300 aduan telah diterima daripada pemilik Honda HR-V tahun 2023 berhubung masalah kaca cermin belakang (rear windshield) yang pecah secara tiba-tiba.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Consumer Reports, kempen panggil semula perlu dibuat disebabkan oleh risiko keselamatan yang terpaksa dihadapi oleh pemandu berpunca daripada tingkap yang pecah secara spontan.

Laman itu turut menyebut mereka berdepan dengan situasi tersebut sewaktu sesi pandu uji, di mana ia terjadi semasa HR-V itu sedang dipanaskan menggunakan fungsi mula jarak jauh pada pagi yang sejuk.
 

hr0v


Tiada sebarang kecederaan dilaporkan, namun pihak penguji terpaksa membersihkan serpihan kaca yang bersepah pada laluan masuk rumahnya.

Keadaan kenderaan tanpa kaca belakang itu turut meningkatkan risiko kecurian dan terdedah kepada cuaca yang sejuk.

Honda US dalam satu kenyataan berkata, hasil siasatan yang dijalankan mendapati semasa proses pemasangan dijalankan, bahan pengedap yang digunakan pada kaca belakang mungkin bersentuhan dengan elemen pemanas penyahbeku (defroster).

 

hv


Keadaan ini mampu melemahkan struktur kaca dari semasa ke semasa, terutama apabila fungsi nyahbeku digunakan.

Dalam respons kepada insiden yang berlaku, Honda menyebut mereka akan memulakan kempen panggil semula dan sedang mendapatkan alat ganti secepat mungkin.

Sumber: CBS News

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…
Berita Domestik
Antara kenderaan yang terlibat ialah model C3, C4, DS3, DS4 dan DS5 yang diproduksikan antara tahun…
Berita Global
Di Amerika Syarikat, General Motors kini mengumumkan kempen panggil semula melibatkan 10,825 kabel…