Berdasarkan spesifikasi pasaran Thailand, MSX GROM 2021 digerakkan enjin 125cc empat lejang PGM-FI dengan kotak gear lima kelajuan.
Kuasa enjin ialah 9.7 hp pada 7,000 rpm dan tork 11 Nm pada 5,250 rpm.
HRC GROM akan mula dijual di Jepun pada Mac 2021 melalui pengedar atau pusat servis HRC.
Memandangkan HRC GROM adalah motosikal lumba, ianya tidak boleh didaftar dan digunakan di atas jalan raya awam.
HRC belum memaklumkan harga GROM manakala MSX GROM 2021 pasaran Thailand dijual pada THB69,900 (RM9,301) dan THB77,400 (RM10,299) untuk versi ABS.
Di pasaran tempatan, MSX 125 dilancarkan pada Disember 2016 dan selepas itu model dengan empat warna baharu diperkenal pada Julai 2018.
Dengan pengenalan MSX GROM 2021 di Thailand bila pula giliran negara kita? Tunggu pengesahan dari Boon Siew Honda.
Penulis: Muhammad Md Tajudin