HRE3D+ - rim titanium pertama di dunia dihasilkan menerusi teknologi percetakan 3D

oleh Mohamad Hanif|
HRE, sebuah syarikat pakar dalam menghasilkan rim-rim forged eksotik untuk kereta berprestasi tinggi telah menjalinkan kerjasama dengan GE Additive menerusi pengenalan rim titanium pertama di dunia yang dicetak secara tiga dimensi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Prototaip rim baharu tersebut digelar sebagai HRE3D+, memperlihatkan kepada umum bagaimana teknologi percetakan 3D ini mampu memberikan kesan kepada penghasilkan rim pada masa akan datang. 

Terima kasih kepada tahap keberkesanan yang tinggi di dalam percetakan 3D di mana ia tidak melibatkan pembuangan material yang begitu banyak, tidak seperti penghasilan rim monoblok aluminium tradisional.
 


Dalam masa yang sama, penggunaan titanium sebagai bahan utama dalam menghasilkan rim adalah ideal di mana ia adalah tahan karat, lebih ringan dan lebih kuat berbanding bahan aluminium.

Tambahan pula, menerusi percetakan 3D ini, imaginasi para pereka adalah tidak terbatas, membolehkan mereka bereksperimentasi dengan apa jua reka bentuk yang terlintas di dalam fikiran mereka, seperti mana yang dipertunjukkan menerusi prototaip HRE3D+ ini. 
 

 


Prototaip HRE3D+ ini dihasilkan dalam lima seksyen yang berbeza, sebelum kesemua seksyen tersebut disatukan di dalam rim gentian karbon menerusi alat fastener titanium.

Saksikan bagaimana uniknya rekaan rim yang dihasilkan menerusi teknologi percetakan 3D ini. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Hanya 18 unit sahaja yang akan diproduksikan, dan setiap satu dilengkapi dengan enjin W12 6.0 liter…
Berita Global
Kerajaan-kerajaan dari pelbagai negara telah meminta syarikat automotif seperti Ford, General…
Berita Global
Sebelum ini supercar McLaren F1 didatangkan khas dengan kit perkakas yang diperbuat daripada bahan…